Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

S’gor cari alternatif, jamin bekalan air

 | June 12, 2012

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, termasuklah air dari tanah dan mengurangkan air tidak terhasil (NRW).

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan usaha penstrukturan semula industri air dengan beberapa alternatif lain demi menjamin kelangsungan bekalan air bersih untuk rakyat di Lembah Klang.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata,antara usaha untuk mencari bekalan air bersih itu termasuklah dari air tanah, mengurangkan air tidak terhasil atau Non Revenue Water (NRW).

Menurutnya pembinaan Langat 2 bukan jalan terbaik untuk meningkatkan kadar bekalan air bersih di Lembah Klang.

“Bagi memastikan bekalan air cukup, kita sepatutnya melihat kepada usaha yang lebih murah seperti mengurangkan kadar NRW,  mengawal penggunaan air secara berhemah dan mencari sumber air lain seperi air hujan dan sumber air tanah serta rawatan air menggunakan teknologi membrane.

“Justeru,  kerajaan negeri akan merujuk semula perkara ini kepada jawatankuasa penasihat air untuk berjumpa dengan Menteri Tenaga, Teknologi  Hijau dan Air untuk membincangkan agar penstrukturan boleh dilakukan seperti yang diinginkan oleh Akta Perkhidmatan Industri Air 2006,” katanya pada sidang media selepas Forum Air Selangor di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, penstrukturan semula perlu untuk membatalkan perjanjian konsesi yang berat sebelah terhadap konsesi yang dibenarkan menaikkan harga tarif hingga 52 peratus  sekaligus memberi bebanan kepada pengguna di Lembah Klang.

SYABAS tidak dijemput

Dalam perkembangan berkaitan, ditanya mengenai Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), beliau berkata pihak terbabit tidak dijemput.

Ini kerana tindakan SYABAS yang mengambil tindakan undang-undang ke atas beberapa pihak terlibat dan tidak selari dengan pandangan kerajaan negeri.

“Kalau mereka (SYABAS) tarik kes mungkin akan dijemput,” katanya.

Ditanya mengenai aset yang dicairkan bernilai RM30 juta untuk membantu pelajar baru Universiti Selangor (UNISEL), beliau menjelaskan perkara itu adalah benar.

Malah satu pengumuman baru akan dibuat mengenai perkembangan tersebut tidak lama lagi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments