Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Hassan Malek jadi sebutan MB baru

 | June 13, 2012

Bekas Setiausaha Umno Kuala Pilah, Datuk Ibrahim Jahaya mengakui ada tanda-tanda mengenai perkara tersebut.

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Luar Bandar, Datuk Hassan Malek disebut-sebut sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru selepas pilihan raya umum 13.

Hassan juga ahli Parlimen kawasan berkenaan sejak 2008. Sebelum itu beliau merupakan ADUN Juaseh pada 2004.
Dalam Umno Kuala Pilah, Hassan adalah Timbalan Ketua bahagian.

Seorang bekas ADUN Umno Negeri Sembilan berkata, nama Hassan menjadi perbualan orang ramai di negeri itu.

“Saya mendapat tahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah bertemu dengan ketua-ketua Umno bahagian Negeri Sembilan.
“Saya difahamkans separuh yang hadir tetapi Hassan disebut-sebut sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru,” kata Datuk Mohamad Rais Zainuddin, bekas ADUN Chembong dalam Parlimen Rembau.

Khabar angin bertiup kencang mengatakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dijangka bertanding di Parlimen Rembau dalam PRU 13.

Ada tanda

Sementara itu, bekas Setiausaha Umno Kuala Pilah, Datuk Ibrahim Jahaya mengakui ada tanda-tanda mengenai perkara tersebut.

“Biasanya Ketua Umno bahagian akan dilantik Pengerusi BN bahagian  tetapi kali ini ada perbedaan.

“Hassan merupakan timbalan Ketua Umno Kuala Pilah, manakala ketua dipegang Datuk Ismail Lasim,” katanya.

Bagaimanapun, Ibrahim menegaskan sekiranya Mohamad bertanding kerusi Parlimen, ada kemungkinan Hassan akan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru.

Tetapi, katanya terpulang kepada Perdana Menteri untuk memilih siapa memegang jawatan tersebut.

,Ibrahim merupakan bekas ADUN Seri Menanti selama dua penggal dari 1999 hingga 2008 itu. Beliau kini menjadi Pegawai Khas yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Menurutnya, Najib bersama Mohamad pernah menghadap Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti beberapa bulan lalu.

Tetapi menurut Ibrahim, beliau tidak mengetahui apa yang dibincangkan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments