Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Isu Nizar: PAS Johor dakwa sokongan tidak terjejas

 | June 13, 2012

Suhaizan Kaiat berkata, isu itu beransur reda kerana rakyat tidak melihatnya sebagai sangat serius

PETALING JAYA: PAS Johor berkata, sokongan rakyat kepadanya tidak terjejas walaupun mendakwa pihak tertentu giat memainkan isu kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengenai nombor plat Sultan Johor.

Ketua Pemuda PAS negeri, Suhaizan Kaiat berkata, isu itu beransur reda kerana rakyat tidak terlalu memgambil berat dan melihatnya sebagai sangat serius.

“Isu ini semakin hari semakin reda. Orang sudah melupakannya,” tambah beliau.

Pemimpin muda PAS itu juga menjelaskan mereka yang menghadiri perhimpunan secara aman di pekarangan Istana Pasir Pelangi Johor Baru Ahad lalu bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar tidak seramai seperti yang dilaporkan.

Laporan menyebut perhimpunan tersebut dihadiri oleh kira-kira 30, 000 orang membabitkan  312 NGO Melayu Johor dan 62 NGO kaum Cina serta 30 NGO kaum India.

Kerusi campuran

Menurut Suhaizan lagi, isu ini tidak menjejaskan sokongan PAS kerana di Johor banyak kerusi campuran.

Mohamad Nizar disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan berkenaan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor.

Beliau dilaporkan mengkritik mengenai bidaan Sultan Johor untuk mendapatkan WWW 1, menerusi akaun Twitter beliau.

Sultan Johor membida nombor itu pada harga RM520,000.

Beberapa  laporan polis telah dibuat terhadap pemimpin PAS itu dan polis mengatakan siasatan hampir siap dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut..


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments