Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Kertas undi PRU13, bukan garam dan botol air

 | June 14, 2012

Nazri kini sudah tidak boleh berfikir dengan waras sehingga sanggup berimaginasi dengan sesuatu yang diluar kotak pemikiran.

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak perlu menuduh ‘botol air dan garam’ sebagai  faktor sesebuah kerajaan boleh tumbang.

Sebaliknya akan ditentukan rakyat melalui kertas undi dalam Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), demikian menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohd Suhaimi Abdul Aziz.

Suhaimi berkata, Nazri kini sudah tidak boleh berfikir dengan waras sehingga sanggup berimaginasi dengan sesuatu yang diluar kotak pemikiran.

Malah menurutnya alasan Nazri itu adalah jawapan ‘paling tidak cerdik’ yang pernah diucapkan oleh seorang menteri Kabinet dalam menilai perhimpunan Bersih 3.0.

“Pemuda PAS tidak boleh membayangkan tahap ketakutan Nazri dan pemimpin Umno yang lainnya berada dalam darjah tertinggi sehingga
boleh menafsirkan botol air mineral dan garam sebagai faktor tumbangnya kerajaan.

Umno-BN gawat

“Jika ini gambaran mereka, ini bermakna kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan gawat dan amat goyah sehingga botol air dan garam mampu menggoncang kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Nazri sepatutntya sedar kerajaan mempunyai segala agensi kerajaan seperti polis, tentera, RELA, dengan jumlah anggota yang ramai dan patuh dengan segala arahan pemimpin negara.

“Mustahil botol dan garam boleh menumbangkan kerajaan jika pasukan keselamatan ini dikerah menjaga keselamatan pentadbiran negara,” katanya.

Beliau berkata, perhimpunan yang diadakan pada waktu tengahari dan disertai ratusan ribu rakyat, sudah pasti air botol menjadi bekalan
utama bagi menghilangkan dahaga, selain digunakan untuk rawatan apabila terkena gas pemedih mata atau air kimia yang dipancutkan trak FRU.

Manakala garam pula dibawa untuk dikemam bagi mengurangkan kepedihan akibat ditembak gas pemedih mata.

“Kami yakin rakyat tidak terfikir pun bagaimana air mineral dan garam boleh dijadikan senjata untuk menumbangkan kerajaan yang gagah disebalik segala kuasa yang mereka miliki,” katanya.

Nazri dalam Dewan Rakyat semalam berkata air mineral dan garam tidak boleh dipandang ringan kerana ia mampu menggulingkan sesebuah kerajaan.

Ketika menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor), Nazri berkata situasi di Mesir, Tunisia dan Libya menjadi bukti apabila kerajaan terbabit ditumbangkan hanya melalui telefon bimbit.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments