Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Dakwaan Umno beli wakil Pakatan Rakyat melucukan

 | June 15, 2012

Dr Mohd Khir Toyo berkata, ia semata-mata untuk memburuk-burukkan Umno Selangor

SHAH ALAM: Umno Selangor menganggap menggunakan bekas pemimpin PKR Zamil Ibrahim untuk membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat supaya menyertai BN melucukan dan sukar dipercayai.

Bekas Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo berkata, dakwaan itu semata-mata untuk memburuk-burukkan Umno Selangor.

“Nampak lucu. Kenapa Umno memerlukan Zamil, beliau bukan ahli Umno dan bukan orang Selangor. Kalau BN nak buat, mereka ada pengerusi, ada ketua bahagian.

“Saya ingin menegaskan memang tidak ada usaha untuk membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat,” kata ADUN Sungai Panjang itu.

Dalam sidang media di lobi Parlimen semalam, dua pemimpin Pakatan Rakyat – Setiausaha Agung  PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad – mendedahkan individu yang dipercayai Zamil sedang berunding dengan wakil rakyat Pakatan Pakatan dengan tujuan membeli mereka supaya menyertai BN.

Faekah terlalu berkuasa

Dalam perkembangan lain, Dr Mohd Khir  berkata, salah guna kuasa sedang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, Menteri Besar PKR itu telah membiarkan Setiausaha Politiknya, Faekah Husein terlalu berkuasa sehingga menjadi lebih hebat dari Abdul Khalid sendiri.

Dr Mohd KhIr mendakwa salah guna kuasa sedang berlaku jika Menteri Besar membenarkan Faekah yang menentukan kelulusan geran Selangor Ku itu.

Katanya, peruntukan RM300 juta untuk Selangor Ku adalah wang dari Menteri Besar Yang Diperbadankan (MBI).

“Di Selangor sekarang yang berkuasa ialah Abdul Khalid dan Faekah. Faekah telah lebih berkuasa dari Azmin Ali, Pengerusi PKR Selangor.

“Saya nampak berlaku pertembungan antara Azmin dengan Abdul Khalid,” tambahnya lagi.

Semalam Faekah mendakwa tidak menolak kemungkinan dalam usaha menjatuhkannya dari jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments