Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Exco TI-M jadi Pengerusi KSSB

 | June 15, 2012

Sabtu Md Ali sebelum ini merupakan pengarah bebas bukan eksekutif KSSB sejak 2011.

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor mengumumkan perlantikan Ahli Jawatan Kuasa Eksekutif NGO ketelusan Transparency International – Malaysia, Sabtu Md Ali dilantik Pengerusi anak syarikat milik penuh Kerajaan Selangor yang menguruskan pasir, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Sabtu, 60, menggantikan Abdul Shukor Nagor yang meletak jawatan pada 29 Ogos 201. Perlantikan Sabtu berkuasa 1 Jun lalu, kata pejabat sekretariat akhbar media  Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan media hari ini.

Sebelum ini beliau adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif KSSB sejak Ogos 2011 dan bertanggungjawab menerapkan nilai-nilai pentadbiran yang baik serta budaya integriti  di konsortium itu.

Pelantikan ini selaras dengan usaha kerajaan negeri Selangor untuk meningkatkan ketelusan dalam syarikat tersebut berikutan dakwaan berlakunya amalan salah tadbir urus dalam pengurusan pasir negeri awal tahun ini

“Beliau pakar dalam bidang strategi perancangan dan pembangunan serta pengurusan prestasi.  Beliau memiliki MBA bidang Pembangunan Organisasi dari Ohio University dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) University of Portsmouth, England.

“Sabtu memulakan kerja di Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 1975 dan memegang pelbagai jawatan di sektor awam serta swasta.
“Beliau menubuhkan syarikat, Intellectual Inovation Resources Sdn. Bhd.  pada 2007 yang menyediakan khidmat perunding dan latihan,” kata kenyataan itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments