Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

‘Saya bukan agen Umno’

 | June 15, 2012

Zamil mengingatkan Saifuddin Nasution jangan celupar sangat.

PETALING JAYA: Bekas pemimpin KITA, Zamil Ibrahim menegaskan beliau bukan agen Umno untuk membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat supaya menyertai BN.

Menurutnya, beliau juga sudah kaya sebelum menyertai Pakatan Rakyat selepas pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

“Saya mencabar Setiausaha Agung PKR Saifuddin (Datuk Saifuddin Nasution Ismail) supaya menyiasat hartanah saya dan  keluarga saya di luar negara.

Kalau dia (Saifuddin) boleh siasat kapal selam mengapa tidak boleh siasat hartanah saya dan keluarga saya di lndonesia, Arab Saudi, Jerman, India dan Malaysia,” katanya.

Zamil bekas pemimpin PKR Kedah juga mengingatkan Saifuddin supaya jangan celupar dan jangan kurang ajar.

Katanya, Saifuddin tahu mengenai dirinya hanya 30 peratus.

‘Penjual burger’

Zamil berkata demikian ketika diminta menjawab dakwaan Saifuddin bahawa  beliau agen Umno yang mahu membeli ahli Parlimen Pakatan Rakyat supaya menyertai BN.

Dalam sidang media bersama ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad di lobi Parlimen semalam menunjukkan individu dipercayai Zamil sedang memujuk ahli Parlimen Pakatan Rakyat supaya menyertai BN.

Saifuddin juga mendakwa Zamil telah menjadi kaya sedangkan sebelum ini beliau penjual burger manakala isteri penjual ubat.

Bagaimanapun, Zamil belum mahu mengesahkan individu tersebut adalah beliau.

Beliau akan mengadakan satu sidang media di Sungai Petani petang ini bagi menjawab dakwaan tersebut.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments