Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Siapa bakal calon Baling?

 | June 15, 2012

Dr Mashitah Ibrahim, Abdul Azeez Abdul Rahim dan Che Azmi Hussein hangat diperkatakan.

PETALING JAYA: Siapa bakal menjadi calon Umno untuk kerusi Parlimen Baling di Kedah hangat diperkatakan di kawasan tersebut.

Menurut sumber dalaman Umno kawasan tersebut, tiga orang diura-urakan berminat  bertanding  dalam pilihan raya akan datang.

Mereka adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim, pengerusi Putera Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan wakil DUN Bayu, Che Azmi Hussein.

Azeez adalah ketua Umno bahagian Baling manakala Dr Mashitah adalah ketua wanita Umno Baling.

Azeez pernah bertanding dalam dalam pilihan raya umum lalu tetapi kalah kepada PAS.

Manakala Dr Mashitah menang kerusi tersebut pada 2004 tetapi tidak terpilih pada 2008 untuk memberi laluan kepada Azeez..

Dr Mashitah bersedia

Dr Mashitah disebut sebagai lebih berpeluang  bertanding kerana pernah menang pada 2004.

Ketika dihubungi Dr  Mashitah berkata: “Saya anggap ia satu anugerah jika diberi peluang bertanding“.

Beliau bagaimanapun, tidak menafikan mahupun mengiyakan ura – ura di Baling namun berkata mempunyai peluang lebih baik berbanding dengan calon Umno lain.

“Para pengundi mahukan calon berlatarbelakangkan agama. Agak susah sekiranya tiada latar belakang tersebut untuk berdepan calon pembangkang,” kata beliau yang mempunyai ijazah doktor falsafah dalam bidang tafsir dan hadis.

Beliau juga mendakwa mempunyai kelebihan kerana lebih 50 peratus  dari pengundi adalah wanita dan orang muda.

Azeez enggan komen

Sementara itu, Azeez pula enggan memberi sebarang komen  mengenai ura-ura tersebut.

“Saya tidak mahu memberi sebarang pengumuman sebelum penamaan calon.

“Saya hanya mahu bekerja dan memastikan kemenangan BN,” kata Azeez yang berkelulusan sarjana pentadbiran perniagaan dari Universiti Preston, Wyoming, Amerika Syarikat.

Manakala, Che Azmi menolak ura-ura bahawa beliau mahu bertanding di kerusi parlimen Baling.

“Kalau diberi  peluang, saya hendak berkhidmat di DUN Bayu lagi. Dalam sepenggal sebagai Adun, apa yang boleh saya buat?”

“Tambahan lagi, kita hilang negeri Kedah dalam tahun tsunami 2008,” kata Che Azmi ketika dihubungi.

ADUN itu turut menambah calon yang dipilih mesti mampu menarik sekurang-kurangnya 30 peratus sokongan berdasarkan ketrampilan sendiri.

Kubu PAS

Parlimen Baling terdiri daripada DUN Bayu, Kupang dan Kuala Ketil.

Di dalam pilihan raya umum ke 12 di dalam tahun 2008, Azeez  tewas di tangan penyandang kerusi tersebut Datuk  Taib Azzamudden dari PAS.

Taib memperoleh 36,074 undi berbanding Azeez mendapat  28,461 undi.

Di dalam pilihan raya umum ke 11 pada 2004 itu pula, Taib kalah di tangan Dr Mashitah dengan majoriti 10,316.

Buat masa ini, PAS menguasai enam kerusi Parlimen termasuk Baling. Ini diikuti BN 4 ,PKR 3, dan Bebas 2.

PAS juga mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments