Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

‘VCD itu mungkin rundingan saya dengan bapa Gwo-Burne’

 | June 15, 2012

Ini adalah usaha saya sendiri tanpa disuruh untuk berbuat demikian oleh sesiapa pihak dari Umno atau BN, kata Zamil.

ALOR SETAR: Zamil Ibrahim menegaskan VCD yang didedahkan oleh dua pemimpin Pakatan Rakyat berkemungkinan besar beliau sedang bertemu dengan bapa ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.

“Abang bersama seorang kawan berjumpa bapa Loh untuk berbincang di sebuah restoran Arab di Kuala Lumpur sekitar lewat tahun 2010.

“Saya mengakui perbincangan tersebut adalah untuk mendengar hasrat Loh untuk menjual anaknya supaya keluar dari PKR,” katanya. Beliau menambah bahawa pemandunya dan seorang pembantu wanita Loh turut berada semasa perbincangan itu.

“Tetapi saya nafikan sama sekali ini adalah agenda Umno ataupun Barisan Nasional. Ini adalah usaha saya sendiri tanpa disuruh untuk berbuat demikian oleh sesiapa pihak dari Umno atau BN,” katanya.

Zamil menegaskan beliau diberitahu oleh beberapa rakannya dari Umno Kedah bahawa Umno tidak berminat membeli mana-mana ADUN atau ahli parlimen PKR yang ingin keluar parti.

Bagaimanapun, Zamil bekas Ketua AMK Kedah berkata, beliau tidak dapat mengesahkan 100 peratus kerana gambar dan VCD berkenaan kabur.

Ada 25 VCD lagi

Semalam Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyiarkan VCD yang didakwa Zamil sedang memujuk ahli Parlimen Pakatan Rakyat meninggalkan pakatan itu.

“Saya meminta kedua-dua pemimpin itu mendedahkan 25 VCD lagi kerana saya mengadakan banyak pertemuan dengan pemimpin dan wakil rakyat PKR.

“Sebahagian mereka yang saya temui memang mahu keluar dari PKR kerana menurutnya bosan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

“Mereka ini di depan Anwar memaki hamun BN tetapi di belakang mencium tangan pemimpin BN,” kata Zamil.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan pemimpin-pemimpin PKR berkenaan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments