Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Nizar mohon menghadap Sultan Johor

 | June 16, 2012

Beliau telah menghantar surat kepada Istana semalam berhubung dengan perkara ini.

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin memohon perkenan menghadap Sultan Johor untuk memberi penjelasan dan memohon maaf kepada baginda berhubung komen beliau tentang nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitternya.

Menurut Nizar, beliau telah menghantar surat kepada Istana semalam berhubung dengan perkara ini.

“Secara peribadi saya mahu memohon maaf kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan saya ingin menjelaskan perkara ini,” katanya pada satu perhimpunan di Jabatan Pendaftaran Negara di Ipoh bagi membantu kira-kira 100 anggota masyarakat India yang tidak mempunyai taraf kerakyatan.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu telah membuat rakyat Johor marah kerana Nizar memberi komen bahawa wang sebanyak RM520,000 yang digunakan untuk membida nombor plate itu lebih baik digunakan untuk membantu rakyat miskin di negeri itu.

Ketika bertitah merasmikan pembukaan penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar kelmarin, Sultan Ibrahim melahirkan rasa murka terhadap Nizar kerana mengkritik baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1.

Baginda menyifatkan tindakan Nizar itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments