Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Pembalakan haram Empangan Bengoh disiasat

 | June 16, 2012

"Kita dapati ada aktiviti pembalakan haram berlaku di kawasan takungan itu," kata Dr Jerip Susil.

KUCHING: Penduduk kampung di kawasan Empangan Bengoh dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung pembalakan haram yang berlaku di kawasan itu kerana siasatan masih dijalankan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bengoh, Dr Jerip Susil.

Menurutnya, penduduk kampung diharapkan bersabar dan tidak bersikap terburu-buru berhubungan dengan isu berkenaan sehingga pihak berkaitan mengambil langkah selanjutnya.

“Sekiranya, kita dapati ada aktiviti pembalakan haram berlaku di kawasan takungan itu, maka pihak kami akan melaporkan aduan tersebut kepada pihak berkuasa supaya tindakan boleh diambil mengikut undang-undang,” ujarnya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran ’Moot Court’ di Kolej Segi Kampus Sarawak.

Kata Jerip, adalah sangat relevan jika perkara itu dibawa kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi supaya kegiatan pembalakan haram dapat dibasmi dengan segera.

“Kita tidak mahu membenarkan aktiviti pembalakan haram berlaku di kawasan empangan Bengoh atau mana-mana pun kerana ia bukan sahaja akan menjejaskan keselamatan penduduk malah menganggu ekosistem alam semulajadi,” kata beliau.

Baru-baru ini, ada khabar angin mengatakan penduduk kampung Bengoh telah membuat aduan kepada Pejabat Daerah berhubung aktiviti pembalakan haram di kawasan empangan mereka.

Lebih kreatif

Dalam perkembangan berlainan, Jerip yang juga Menteri Kesihatan Awam memberitahu generasi sekarang harus memainkan peranan dalam menyumbang kepada pembangunan masa depan negara.

Kata beliau, generasi sekarang perlu sedar tentang tanggungjawab dan harapan yang disandarkan kepada mereka memandangkan ia merupakan generasi yang akan mentadbir pada masa akan datang.

“Oleh itu, mereka perlu berusaha keras demi memajukan diri serta lebih kreatif agar mampu berdaya saing dengan negara luar pada masa hadapan,” katanya.

Tambahnya, bagi merealisasikan perkara itu, semua agensi pendidikan perlu menyediakan ruang dan perkhidmatan pembelajaran yang berkualiti demi melahirkan generasi belia yang dapat memberi manfaat kepada negara.

“Sebagai contoh, Kolej Segi kini menyediakan ruang dan perkhidmatan untuk pelajar mengasah serta kemahiran mereka dalam bidang yang diambil sebelum berada di alam pekerjaan,” jelasnya.

Terdahulu, Kolej Segi semalam telah melancarkan ‘Moot Court’ untuk pelajar jurusan undang-undang supaya mereka boleh mengalami suasana persekitaran yang sebenar apabila berada di mahkamah.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments