Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

S’gor audit dakwaan salah laku baucer Jom Shopping

June 16, 2012

Menteri Besar berkata, walaupun jumlahnya sedikit tetapi siasatan tetap dijalankan kerana kerajaan negeri mengutamakan ketelusan dan kebertanggungjawaban.

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor akan menjalankan audit bagi menyiasat dakwaan berlakunya salah guna baucer Jom Shopping oleh Ahli Jawatankuasa PKR Kapar.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, walaupun jumlahnya sedikit tetapi siasatan tetap dijalankan kerana kerajaan negeri mengutamakan ketelusan dan kebertanggungjawaban.

“Peratusannya amat sedikit dan boleh dibanteras dengan cepat. Kita telah peruntukkan RM10 juta untuk Jom Shopping, RM8 juta telah dibelanjakan dan hanya jumlah sekitar RM6,000 yang diragui perbelanjaannya.

“Tapi jumlah bukan isunya. Walaupun sedikit, kita akan buat audit dan siasatan kerana kita pentingkan ketelusan dan kebertanggungjawaban,” katanya pada sidang media selepas program Aduan Rakyat sempena Program Jelajah Terima Kasih Rakyat daerah Klang di Kapar semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail bahawa parti akan menghantar surat tunjuk sebab kepada ahli parti yang dikatakan terlibat dengan salah guna baucer Jom Shopping.

Warga emas

Program Jom Shopping diperkenal tahun lalu dengan memberikan baucer percuma RM100 kepada warga emas untuk membeli barang keperluan.

Wakil rakyat atau penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) (bagi kawasan pembangkang) akan membawa warga emas membeli-belah di pasar raya terpilih.

Bagaimanapun, warga emas ini mesti mendaftar dengan Skim Mesra Warga Emas untuk melayakkan mereka menerima baucer.

Menteri Besar berkata, mekanisme penyelarasan baucer Jom Shopping amat sistematik dan telus bagi memastikan penipuan dan salah guna yang minima.

Katanya, sistem pemberian baucer yang ada amat teliti kerana ia boleh memperincikan setiap penerima dan lokasi mereka kerana kerajaan negeri mahu memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan sampai kepada rakyat.

Mengulas sesi Aduan Rakyat, Menteri Besar berkata, kebanyakan aduan yang diterima melibatkan hal ehwal tanah seperti pemberian tanah status TOL dan prosedur pampasan yang patut diterima pemilik jika tanah diambil untuk projek pembangunan.

“Masalah-masalah ini telah gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri yang terdahulu menyebabkan pemilik tanah menghadapi masalah,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments