Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Isu LGBT: Ambiga perlu jelaskan pendirian

June 17, 2012

Tidak ada agama di dunia ini yang menghalalkan kegiatan LGBT di kalangan penganutnya.

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin Pemuda MIC mempertikai tindakan Pengerusi bersama perhimpunan Bersih 3.0 Datuk S Ambiga yang selama ini lantang memperjuang isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sedangkan tidak ada agama di dunia ini yang menghalalkan kegiatan LGBT di kalangan penganutnya.

Ketua Pemuda MIC Bahagian Tebrau, Johor T Muralitharan berkata tidak ada agama di dunia ini yang menghalalkan kegiatan LGBT, justeru Ambiga harus menyatakan perkara ini terutama dalam aspek pegangan agamanya.

Muralitharan berkata Ambiga sebenarnya telah diperguna oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meraih sokongan masyarakat India terhadap pakatan pembangkang.

“Kalau dulu Anwar gunakan Hindraf, sekarang beliau gunakan Ambiga dan Bersih untuk raih sokongan masyarakat India.

“Tapi saya tidak fikir kaum India negara ini akan terpedaya dan menyokong Ambiga, terutamanya kerana isu LGBT,” katanya kepada Bernama.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments