Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Wanita Kelantan belum faham aurat

June 17, 2012

Waktu kita (PAS) pegang Kelantan dulu, tak ada beza lelaki dan perempuan, kata Nik Aziz.

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata wanita di Kelantan belum memahami erti sebenar aurat menyebabkan kerajaan negeri bertindak melarang mereka menyertai Tilawah Al-Quran sejak lebih 20 tahun lepas.

Mursyidul Am PAS itu berkata larangan itu dibuat ketika PAS baru menerajui Kelantan pada 1990, di mana beliau berpendapat rakyat Kelantan pada masa itu masih tidak memahami Islam dengan mendalam.

“Waktu kita (PAS) pegang Kelantan dulu, tak ada beza lelaki dan perempuan. Rambut terbuka (tidak bertudung), kedai-kedai kerinting rambut banyak di Kota Baharu. Masing-masing nak tunjuk badan. Ini haram dalam Islam, bukan dalam PAS (sahaja). Itu aurat,” katanya ketika ditemui pemberita di Ekspo Perdagangan Dunia Islam  dan Konvensyen Halal Berasakan Dinar dan Dirham, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa dasar kerajaan PAS Kelantan yang berubah-ubah berhubung penyertaan wanita dalam Tilawah Al-Quran merugikan wanita Islam di negeri ini sejak lebih 20 tahun.

Tindakan kerajaan Kelantan itu dikritik kerana negeri ini banyak melahirkan juara qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuk juara lapan kali peringkat antarabangsa Hajah Faridah Mat Saman.

Baru-baru ini, Nik Abdul Aziz menarik balik larangan itu dengan membenarkan wanita Kelantan menyertai Tilawah Al-Quran bermula tahun depan.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz mempertahan pendiriannya berhubung penangguhan untuk menunaikan haji jika pilihan raya umum diadakan pada musim haji.

Akhbar hari ini melaporkan bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Mesir, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata umat Islam tidak perlu menangguhkan pelaksanaan ibadat haji semata-mata pilihan raya.

- Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments