Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Dinar emas dapat sambutan hangat

 | June 18, 2012

Tetapi ada pihak yang berniat jahat untuk menghancurkannya, kata Husam Musa.

PETALING JAYA: Ahli exco kerajaan negeri Kelantan, Husam Musa menegaskan mata wang Dinar dan Dirham kini mendapat sambut hangat daripada rakyat negeri itu.

“Oleh kerana mata wang Dinar dan Dirham itu mendapat sambutan meluas dan berkembang dengan pesat maka ada pihak yang berniat jahat untuk menghancurkannya,” kata beliau, dipetik dari harakahdaily.

Husam berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian Konvensyen Halal Berasaskan Dinar dan Dirham di Kelantan Trade Centre di Kota Baharu hari ini. Program berkenaan diadakan sempena Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012.

Sebuah akhbar milik Umno pada muka hadapan hari ini menyiarkan laporan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) didakwa berdepan dengan kemelut salah laku terutama melibatkan seorang pegawai kanan syarikat itu.

Akhbar itu memetik dari blog http//kickdefella.net kendalian Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang meminta rakyat Kelantan bertanya kepada Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan untuk memberi penjelasan.

Berhubung dengan dakwaan ini, Husam menegaskan, “seratus peratus karut, tidak ada satu pun fakta, ia hanya bertujuan jahat dengan niat jahat terhadap saya dan kepada Dinar serta Driham yang sekarang mendapat sambutan hangat.”

Pihak pengurusan KGT juga menjelaskan bahawa laporan akhbar milik Umno itu kononnya syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dilanda skandal tidak berasas sama sekali.

Dakwaan itu yang cuba mengaitkan KGT dengan seorang bekas pegawai kanan KGT tidak boleh diterima memandangkan beliau (pegawai itu) sekarang hanya bertindak sebagai penasihat syarikat sahaja.

Cari makan

Sementara itu, blogger ‘Tulang Besi’ Rahman Talib berkata dakwaan yang mengatakan pegawai kanan KGT terbabit dengan salah laku adalah satu lagi tindakan sabotaj dan sengaja memburukkan kerajaan negeri pimpinan PAS di Kelantan.

Ketika dihubungi FMT beliau menegaskan bahawa dakwaan itu hanya percubaan tidak berasas yang dilemparkan pihak tertentu sedangkan Dinar dan Dirham kini disukai ramai sekaligus berjaya mengharumkan nama PAS dan Kelantan.

Rahman turut mencabar pihak yang membuat dan menyebar dakwaan itu tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tuduhan seperti ini tiada kredibiliti, hanya tindakan cari makan oleh blogger yang menulis mengenai dakwaan ini. Jika benar anak jantan bawa dokumen dan buat laporan kepada SPRM,” katanya merujuk kepada penulisan blogger kickdefella.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments