Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

PAS desak Majlis Fatwa keluar hukum PRU musim Haji

 | June 18, 2012

Hak kira-kira 20,000 pengundi yang mahu menunaikan tanggungjawab Haji dibimbangi terjejas.

PETALNG JAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan didesak mengeluarkan pendirian berkenaan isu mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) semasa musim Haji.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Majlis Fatwa mesti segera berbuat demikian kerana bimbang hak kira-kira 20,000 pengundi yang mahu menunaikan tanggungjawab Haji terjejas.

Katanya, sebagai penasihat kerajaan Persekutuan dalam hal berkaitan fatwa, pendirian Majlis Fatwa itu nanti mampu menyelesaikan masalah berkaitan hukum sekiranya kerajaan mahu PRU diadakan pada waktu itu.

“Jika Majlis Fatwa Kebangsaan mampu bersuara dan mengeluarkan fatwa untuk aktiviti yang berkaitan dengan pihak pembangkang, maka amatlah wajar Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa dan pendirian berhubung dengan isu yang amat besar ini walaupun ia berkaitan dengan Kerajaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, campur tangan Majlis Fatwa itu penting dan tidak boleh mengambil sikap sambil lewa memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih bermain tarik tali mengenai tarikh PRU.

“Janganlah bersikap memilih bulu pihak-pihak berkepentingan sahaja dalam hal ini demi menjaga kemaslahatan yang lebih besar,” katanya.

Isu ini mendapat beberapa reaksi Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat termasuk Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang mahu jaminan Najib supaya PRU tidak diadakan dalam waktu tersebut kerana bukan mudah umat  Islam berpeluang menunaikan haji.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengarahkan ahli PAS terutamanya calon, wakil calon, pengarah pilihan raya dan mereka yang terlibat secara langsung dengan jentera parti menangguhkan niat mereka menunaikan Haji demi PRU13.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments