Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

‘Usah percaya janji syurga pembangkang’

 | June 19, 2012

Rakyat diharap tidak mudah terikut dan terpedaya dengan janji-janji syurga itu.

KUCHING: Rakyat hari ini boleh mengukur sendiri kemampuan Barisan Nasional (BN) untuk melaksanakan pelbagai projek termasuk menjaga kebajikan anggota masyarakat di negara ini.

Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Dato Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan tidak seperti pembangkang yang memaksa masyarakat mempercayai ‘janji syurga’ mereka.

“Kita memang berharap rakyat tidak mudah terikut dan terpedaya dengan janji-janji syurga itu.

“Biar mereka mengukur keupayaan BN menerusi perdebatan, kepimpinan negara yang melaksanakan pelbagai projek dan menjaga kebajikan rakyat,” kata beliau berucap merasmikan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di sini.

Menurut Shafie, kerajaan mahu rakyat sentiasa memikir ‘budi’ yang ditaburkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kepada setiap negeri sepanjang memimpin negara dalam tempoh tiga tahun.

“Kita fikirkanlah dalam tempoh tersebut berbilion-berbilion sudah dilabur bagi membangunkan kemudahan asas, pendidikan dan hal kebajikan rakyat,” ujarnya.

Beliau menambah, apa yang dilakukan kerajaan itu adalah bukti ia tidak pernah menipu dan berjanji kosong kepada masyarakat.

“Bila kita kata nak buat sebuah sekolah, kita akan memastikannya benar-benar terlaksana kerana pada penghujung hari rakyat mendapat manfaat,” jelasnya.

Shafie memberitahu, berbanding DAP mahupun PKR, kerajaan sudah mempunyai jabatan dan agensi ‘dipercayai’ untuk melaksanakan sesuatu projek.

Modal insan

Misalnya KEMAS berperanan untuk membina kemudahan asas dan mempertingkatkan bilangan modal insan di Sarawak dan Malaysia amnya.

“Harus kita sedar KEMAS diwujud bukan setakat hendak buat jalan, bekalan elektrik, rumah dan lampu di kampung-kampung sebaliknya berperanan juga untuk membina modal insan.

“Tidak ada gunanya kalau kita hendak membina sebuah negara, kita hanya mempunyai ciri-ciri fizikal tetapi tidak ada modal insan berkualiti,” tegasnya.

Sementara itu, Sarawak pada tahun ini diperuntuk RM12 juta oleh kerajaan untuk membaik pulih bangunan KEMAS, menyediakan bekalan makanan kepada pelajar-pelajar prasekolah dan sebagainya. Ini membabitkan kira-kira 21,399 murid, jelas beliau.

Turut hadir Timbalannya Datuk Joseph Entulu anak Belaun, Speakar Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta Ketua Pengarah KEMAS Malaysia, Hassan Mohd Amin.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments