Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Anwar sedia beri kerjasama dakwaan RM3 bilion

June 20, 2012

Beliau berkata perlu ada siasatan terbuka berhubung dakwaan berkenaan dan pihak berkuasa boleh menyiasat akaunnya serta akaun anggota keluarga beliau.

KUALA LUMPUR:  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar nIbrahim berkata beliau bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan akaun berjumlah RM3 bilion yang melibatkan dirinya.

“Saya akan bagi kerjasama, kalau ada bukti lain tiada masalah, kita boleh berbeza politik tetapi untuk terus tuduh-menuduh tidak perlu,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Anwar (PKR-Permatang Pauh) berkata perlu ada siasatan terbuka berhubung dakwaan berkenaan dan pihak berkuasa boleh menyiasat akaunnya serta akaun anggota keluarga beliau.

Beliau berkata demikian berhubung dakwaan pengendalian akaun-akaun berjumlah RM3 bilion semasa berkhidmat dengan kerajaan pada 1990-an. Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Murad Khalid dilaporkan mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lepas.

Anwar berkata pada ketika itu, beliau telah memberi kerjasama penuh kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada masa itu yang datang menemui beliau di Penjara Sungai Buloh.

Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments