Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

PAS: Kebangkitan rakyat Johor dalam PRU 13

 | June 20, 2012

Parti itu sasarkan menang 15 kerusi DUN berbanding 2 sekarang.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat yakin akan merampas Johor dalam pilihan raya umum ke 13 dengan sasaran menang sekurang-kurangnya 29 kerusi dewan undangan negeri (DUN).

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, keyakinan itu berdasarkan kebangkitan rakyat Johor sejak kebelakangan ini.
“Kebangkitan Rakyat atau tsunami politik akan sampai ke Johor dalam pilihan raya umum ke 13.

“Kita menawarkan calon yang berwibawa dan berkaliber serta manifesto membantu rakyat,” katanya,

Pakatan Rakyat akan meletakkan semua calon di 56 kerusi DUN dan 26 kerusi  Parlimen dalam pilihan raya umum ke 13.

PAS kata Dzulkifly akan bertanding 30 kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen serta seorang calon bukan Islam.

Pada 2008, PAS Johor  bertanding sembilan Parlimen dan 33 DUN dan menang DUN Maharani dan Sungai Abong.

Calon bukan Islam akan bertanding di DUN Tiram sebagaimana pada pilihan raya umum 2008. Bagaimanapun, calon berkenaan, R Kumutha, tewas kepada Maulizan Bujang dari BN.

“Peluang  PAS berdasarkan isu-isu rakyat di Johor kali ini cerah walaupun tidak mudah,” katanya lagi.

`PAS menang 15 DUN’

Menurut Dzulkifly, PAS Johor juga sudah menghantar senarai nama calon kepada ibu pejabat parti untuk kelulusan.

Katanya, dalam senarai tersebut termasuk Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mahfodz Mohamad  dan Naib Presiden, Salahuddin Ayob.

Salahuddin disebut-sebut bertanding kerusi Parlimen Pontian, kampung halamannya. Kerusi itu kini diwakili Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri.

Katanya, ibu pejabat PAS akan memilih calon berdasarkan beberapa  faktor termasuk kelayakan serta rekod dalam parti sebelum diumum menjadi calon PAS.

“Biasanya nama calon PAS akan diumum beberapa hari sebelum hari penamaan calon,” katanya lagi.

Dalam pilihan raya umum 2008, PAS menang dua kerusi DUN iaitu Maharani dan Sungai Abong.

Mahfodz berkata, PAS meletakkan sasaran realistik iaitu menang 15 kerusi negeri berdasarkan fokus parti sebaik selesai pilihan raya umum 2008 dan sokongan pengundi.

Beliau juga mengumumkan lebih ramai muka baru akan mewakili parti itu kali ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments