Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Peneroka minta FGV selesaikan segera isu saham

 | June 20, 2012

Jika lambat ia akan menjadi buat mulut, kata GWPF.

PETALING JAYA: Ramai peneroka masih tidak puas hati dengan pembahagian saham 800 unit kepada setiap keluarga peneroka, kata Gabungan Wawasan Peneroka Felda  (GWPF) yang mendapat maklumat tersebut dari peneroka seluruh negara.

“Mereka tidak puas hati kerana Felda Global Ventures (FGV)… mereka minta FGV selesaikan isu itu.

“Terserah kepada pengurusan FGV bagaimana cara untuk menyelesaikannya. Kalau tidak diselesai sekarang ia akan menjadi buah mulut peneroka,” kata Timbalan Presiden GWPF, Datuk Abu Bakar Abdullah.

Baru-baru ini FGV mengumumkan peneroka akan mendapat 800 unit saham sebaik sahaja ia disenaraikan pada 1 Julai ini.

Bagaimanapun, kumpulan peneroka dari beberapa tanah rancangan di Pahang khususnya meminta ia dinaikkan kepada 1, 000 unit bagi setiap keluarga.

Sementara itu, Abu Bakar berkata, Koperasi Permodalan Felda (KPF) hari ini mengumumkan akan membayar 10 peratus dividen dan lapan peratus bonus kepada ahlinya.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat KPF di Kuala Lumpur hari ini yang dipengerusikan Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments