Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

PKR gesa siasat kontrak anak Raja Nong Chik

 | June 20, 2012

Nik Nazmi Ahmad mempersoalkan mengapa kontrak tersebut dimeterai pada 2012 ketika beliau sudah pun menjadi menteri.

PETALING JAYA: PKR mahu Jabatan Audit Negara meneliti jika wujud sebarang salah guna kuasa membabitkan kontrak yang dianugerahkan kepada anak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin bernilai RM30.8 juta.

Kontrak tersebut untuk membekalkan kelengkapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bandar Penawar,Johor.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, jawapan diberikan Raja Nong Chik bahawa beliau menerima kontrak tersebut sebelum menjadi menteri tidak menjawab persoalan yang timbul.

Malah Nik Nazmi mempersoalkan mengapa kontrak tersebut dimeterai pada 2012 ketika Raja Nong Chik sudah pun menjadi menteri.

Beliau turut menyarankan agar Raja Nong Chik mengisytiharkan aset bagi memulihkan kewibawaan imej pemimpin Umno yang selama ini didakwa mendapat projek kerajaan secara rundingan terus.

“Ada beberapa persoalan yang timbul.Mengapakah projek ini diberi secara tender terbuka? Adakah Istijuara Sdn Bhd mempunyai rekod yang baik untuk projek-projek yang sama sebelum ini. Adakah Istijuara Sdn Bhd mempunyai prestasi kewangan yang baik?

“Apakah peranan Raja Farhana, anak Raja Nong Chik di dalam projek ini? Adakah beliau menjadi wakil kepada kepentingan Raja Nong Chik di dalam Istijuara. Adakah Istijuara menerima sebarang lagi projek kerajaan? soal Nik Nazmi.

Beberapa blog sebelum ini mendedahkan kontrak jutaan ringgit itu yang membabitkan anak Raja Nong Chik, Raja Farhana yang dianugerahkan projek secara rundingan terus oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Nong Chik juga sebelum ini tidak membuat sebarang penafian kepada media berhubung hal tersebut.

Projek itu adalah bagi membekalkan kelengkapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan diberikan kepada Istijuara Sdn Bhd.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments