Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Adam Adli dibenar cabar UPSI

 | June 21, 2012

Peguamnya berkata, pihaknya akan memfailkan dokumen kepada jawatankuasa rayuan dan tarikh pendengaran kes itu akan ditetapkan mahkamah kelak.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan semakan kehakiman penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Adam Adli Abdul Halim terhadap instutusi itu yang menggantung pengajiannya selama tiga semester.

Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Abang Iskandar Abang Hashim melalui keputusannya dalam kamar membenarkan pemohon, yang juga aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mencabar keputusan Jawatankuasa Tatatertib UPSI.

Peguam mewakilinya Fadiah Nadwa Fikri berkata, pihaknya akan memfailkan dokumen kepada jawatankuasa rayuan dan tarikh pendengaran kes itu akan ditetapkan mahkamah kelak.

“Permohonan ini tidak remeh, ada merit dan oleh demikian mahkamah telah memutuskan kebenaran harus diberikan secara substantif semakan kehakiman terhadap UPSI menggantung Adam Adli selama tiga semester yang pada pendapat kita melanggar perlembagaan dan dinafikan haknya untuk mendapatkan pendidikan,” katanya.

Adam Adli, 23, digantung pengajiannya sejak 9 Januari lalu kerana terlibat dalam demonstrasi mahasiswa dan menurunkan bendera Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak di bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Disember tahun lalu.

Hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh keputusan sehingga September 2013.

Beliau yang menyertai perhimpunan dan perarakan pelajar dari Masjid Jamek ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan seterusnya ke PWTC pada awalnya mahu menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Namun pelajar tahun tiga UPSI ini bertindak menurun bendera Najib dan menggantikannya dengan bendera Kebebasan Akademik.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments