Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Faekah: Saya tiada masalah dengan Rafizi

 | June 22, 2012

Malah beliau menyifatkan Rafizi sebagai muka baru yang vokal dan mampu bersama-sama membawa perubahan.

PETALING JAYA: Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Faekah Husin menyangkal pelbagai dakwaan bahawa dirinya menjadi punca Rafizi Ramli meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor semalam.

Faekah yang turut terkejut dengan pengumuman itu berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Rafizi.

Malah Rafizi secara peribadi disifatkan beliau sebagai muka baru yang vokal dan mampu bersama-sama membawa perubahan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Pusat kelak.

Beliau sebaliknya berpendapat, Rafizi kini mahu menumpukan perhatian bagi merebut kerusi Parlimen Pandan.

“Saya terkejut beliau (Rafizi) meletakkan jawatan. Kami berbincang tentang isu PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan beliau tanya mengenai pandangan kerajaan negeri.

“Rafizi sebenarnya yang tertekan….sebab beliau kata perlukan rehat. Saya bersangka baik pandangannya itu. Ini kerana sejak beberapa bulan lalu, Rafizi bawa isu NFC (National Feedlot Corporation), PTPTN dan beliau bukan setakat menghentam, tetapi buat siasatan dan kajian.

“Maka saya berpendapat Rafizi mahu menumpukan perhatian untuk kerusi parlimen di Pandan. Saya rujuk pada kenyataan Datuk Seri Ong Tee Keat yang kata rakyat disitu mahu pemimpin yang mampu membantu mereka dan bukannya sekadar hangat dengan cerita sensasi,” katanya kepada FMT.

Ketika ditanya sama ada tindakan Rafizi sebagai memberi tekanan untuk beliau meletakkan jawatan, Faekah sebaliknya tergelak kecil dan bersangka baik dengan keputusan itu.

Rafizi yang juga Pengarah Strategik PKR menulis di laman sosial twitternya semalam berhubung perletakan jawatan dalam kerajaan Selangor.

Tindakannya itu secara tidak langsung mewujudkan pelbagai andaian bahawa beliau memprotes pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti dilaporkan akhbar harian hari ini.

Perletakan jawatan itu juga dilaporkan sebagai memberi tekanan kepada Faekah, ekoran Rafizi dilihat antara penyokong kuat Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Sebaliknya Rafizi menerusi tulisannya berkata bahawa beliau ingin berehat dan menumpukan ibadat terutama bulan Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments