Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Louis Dreyfus rakan strategik FGVH

June 22, 2012

Perkongsian strategik itu merupakan kerjasama 'menang-menang' di mana kedua-dua rakan kongsi itu boleh memanfaatkan kekuatan satu sama lain.

KUALA LUMPUR: Louis Dreyfus Commodities Asia (LDCA) hari ini mengumumkan bahawa ia telah mencapai persetujuan muktamad dengan Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) mengenai syarat-syarat perkongsian strategik antara keduanya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui FGV, LDCA berkata, semua kelulusan yang perlu daripadanya telahpun diberikan dan perjanjian muktamad itu masih tertakluk kepada kelulusan daripada Lembaga Pengarah anak-anak syarikat FGVH.

Satu memorandum persefahaman telah ditandatangani bulan lepas untuk LDCA menjadi pelabur dan rakan kongsi strategik untuk meningkatkan pemasaran dan perniagaan minyak sawit FGVH.

Akur dengan keputusan kukuh pengumpulan bida dan permintaan bagi tawaran FGVH, LDCA mungkin mengurangkan penyertaannya dalam modal saham terbitan dan berbayar yang diperbesarkan itu.

Perkongsian strategik itu merupakan kerjasama ‘menang-menang’ bagi FGVH dan LDCA di mana kedua-dua rakan kongsi itu boleh memanfaatkan kekuatan satu sama lain – FGVH dalam kegiatan huluan dan perantaraan manakala LDCA dalam pemasaran dan kemampuan hilirannya – untuk mewujudkan peserta bersepadu utama.

LDCA adalah sebuah syarikat peneraju global dalam komoditi pertanian dan pakar dalam pemprosesan, perdagangan dan perniagaan, manakala FGVH adalah sebuah syarikat pertanian-komoditi yang juga merupakan pengusaha ladang ketiga terbesar di dunia.

Untuk tujuan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia pada 28 Jun ini, LDCA telah menerima tawaran sebanyak 4.9 peratus dari jumlah saham yang ditawarkan dan dijangka sejumlah RM10.5 bilion dapat dihasilkan dari penyenaraian tersebut.

LDCA ialah sebuah syarikat komoditi milik keluarga Yahudi yang berpangkalan di Perancis.

- Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments