Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Bantahan di kediaman pengarah Bestino dibatalkan

 | June 22, 2012

Pengarah Urusan Bestino tersebut bersetuju berjumpa Ahmad Husni Hanadzlah.

PETALING JAYA:  Satu bantahan Nyalakan Lilin di hadapan kediaman Pengarah Urusan Bestino  Chong Yuk Ming dibatalkan selepas beliau bersedia untuk berjumpa Menteri  Kewangan Kedua, Datuk  Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Jawatan Kuasa Pelabur-Pelabur Bestino berkata Pengarah Urusan  Bestino tersebut  memberikan persetujuan untuk berjumpa Menteri Kewangan Kedua dan beliau menghantar surat persetujuan berjumpa kepada Ahli Jawatan kuasa pelabur Bestino Rabu lalu.

Sebelum ini, dalam satu suratnya yang bertarikh 15 Jun lalu Chong  menyatakan bahawa tidak ada  manfaat untuk berjumpa Menteri Kewangan dalam tiga atau empat bulan akan datang ini.

Tetapi, keputusan beliau melambatkan perjumpaan dengan menteri ditolak dalam mesyuarat umum pelabur-pelabur Bestino yang berlangsung pada 17 Jun di Buntong di Perak.

“Lalu, kami memutuskan untuk mengadakan demontrasi Nyalakan Lilin di kediaman Chong  kerana beliau enggan berjumpa Menteri Kewangan Kedua, sedangkan Menteri telah bersedia meluangkan masa untuk mencari penyelesaian dengan mengadakan perjumpaan dengan semua pihak yang terbabit,” kata S Kuna Sekharan salah seorang ahli jawatan kuasa pelabur Bestino.

“Kami juga memutuskan bantahan Nyalakan Lilin turut diadakan di kediaman agen-agen utama yang tidak mempedulikan masa depan pelabur-pelabur  yang diperdayakan dan dipujuk untuk  melaburkan dalam skim Bestino dan kini dijadikan mangsa,” tambah beliau.

Namun, disebabkan Chong  kini bersedia untuk berjumpa Menteri Kewangan Kedua, pihak AJK membuat keputusan nyalakan lilin di kediamannya yang di jadualkaan hari ini dibatalkan  setelah mendapat pandangan dan persetujuan sebulat suara dari semua pelabur.

Skandal emas terbesar

Bestino adalah salah satu skandal perdagangan emas terbesar di negara di mana melibatkan 6, 764 pelabur dan wang melebihi RM400 juta.

Syarikat Bestino digeledah oleh Bank Negara dan turut merampas wang berjumlah RM24.2 juta pada Jun 2009 setelah mendapati syarikat tersebut terlibat dalam pelaburan duit haram.

Semenjak itu, pelabur-pelabur Bestino meminta bantuan Kementerian Kewangan dan BNM untuk mendapatkan balik wang yang dilabur.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan telah mengadakan perjumpaan dengan Bank Negara untuk membincangkan jalan yang sesuai untuk melepaskan wang sebanyak RM 24.2 juta yang di rampas oleh Bank Negara.

“Kami menerima panggilan daripada  Setiausaha Politik Menteri Kewangan Kedua iaitu dari Datuk  Aminuddin yang mengatakan bahawa Datuk Seri Husni telah pun memberikan penjelasan kepada Perdana Menteri Datuk  Seri Najib Tun Razak berkenaan isu ini,” katanya.

“Beliau juga menjelaskan bahawa,pihak Peguam Negara di maklumkan perkara ini dan di minta pihak AJK memaklumkan kepada pelabur-pelabur berkenaan  pihak Kementerian Kewangan sudahpun  memulakan  tindakan terhadap rayuan pelabur-pelabur Bestino yang di sampaikan kepada pihak kerajaan.

Aminuddin juga memberikan  jaminan akan menghantar surat berdaftar kepada Chong dari Kementerian Kewangan untuk mengadakan perjumpaan bersama untuk mencari penyelesaian.

“Pelabur-pelabur yakin dan percaya dan menaruh harapan tinggi kepada Datuk Seri Seri Menteri Kewangan Kedua  akan mencari penyelesaian dalam isu pelabur-pelabur Bestino dengan restu  dan campurtangan langsung  Perdana Menteri,” kata beliau.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments