Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

PKR: Pendedahan Ummi konspirasi pilihan raya

 | June 22, 2012

Kata Mustafa Kamil, jika benar mengapa tidak didedahkan pada masanya atau setahun dua selepas itu.

PETALING JAYA: PKR mendakwa pendedahan Ummi Hafilda Ali adalah satu konspirasi baru yang dirancang untuk menyekat kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke 13.

Bekas Naib Presidennya, Mustafa Kamil Ayub berkata, pendedahan terbaru Ummi itu susah  dipercayai kerana ia berlaku berbelas tahun lalu.

“Jika benar mengapa tidak didedahkan pada masanya atau setahun dua selepas itu. Kalau dua tiga belas tahun kemudian, susah hendak percaya.

“Ini satu konspirasi melibatkan elemen lain yang dirancang menjelang pilihan raya,” kata beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan terbaru Ummi bahawa seorang wanita dipercayai memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo yang ada kaitan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Ummi adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendedahkan perkara tersebut semasa disiasat selama kira-kira lima jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu kota semalam.

Manakala Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Ahmad Nizam Hamid berkata, Ummi tidak ada kredebilti dan orang tidak akan mempercayainya.
“Tidak ada assa langsung untuk percaya kerana ia pakatan jahat pihak tertentu terhadap Anwar,” katanya yang juga ketua PKR Temerloh


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments