Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Ummi Hafilda: 8 hartanah sah milik wanita itu

 | June 22, 2012

Beliau juga mendakwa wanita tersebut sudah lari meninggalkan Malaysia.

PETALING JAYA: Ummi Hafilda Ali mendakwa bukti awal menunjukkan lapan dari 62 hartanah mewah dimiliki oleh wanita berkaitan pemilikan akaun luar biasa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan sekitar RM3 bilion.

Semasa disiasat selama kira-kira lima jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu kota semalam  Ummi mendedahkan identiti seorang wanita misteri tersebut.

Wanita itu dipercayai memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo, kebanyakannya di Pulau Pinang. .

“Saya sedang membuat pengesahan terhadap yang lain. Saya juga akan memeriksa dengan pihak berkuasa untuk mengetahui siapa di belakang syarikat yang dimiliki wanita tersebut.

“Tetapi saya ingin menegaskan bukti kukuh mengenai pemilikan wanita itu sudah diperolehi, sudah ada dalam tangan saya,” katanya.
Ummi merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga ahli Parlimen Gombak.

Bagaimanapun, kata Ummi, SPRM menasihatkan beliau tidak mendedahkan butiran lanjut kerana boleh menganggu siasatan.

Bimbang saksi lari

Menurutnya,  beliau juga bimbang saksi-saksi kes ini akan melarikan diri.

“(Tetapi) Saya akan mendedahkan lebih lanjut setelah siasatan SPRM selesai,” tambahnya.

Ummi  juga mendakwa wanita ini telah melarikan diri ke luar negara tetapi menegaskan beliau mengetahui di mana wanita ini berada.

Katanya, beliau melakukan semua ini bukan kerana Umno atau BN tetapi sayangkan agama, bangsa dan negara.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar pula mendakwa wanita tersebut dipercayai membiayai gerakan reformasi semasa bekas timbalan perdana menteri itu dipecat pada 1998.

Anuar Shaari mendakwa,  wanita Melayu itu kini berumur dalam lingkungan 50-an seorang ahli perniagaan dan mempunyai rumah di Pulau Pinang.

“Wanita ini misteri, orang tidak mengetahu kewujudannya sehinggalah Anwar dipenjarakan pada 1999 kerana rasuah.

“Saya hanya melihat dari jauh sahaja dan saya tidak mengetahui di mana beliau berada sekarang,” kata bekas setiausaha sulit ketua umum PKR yang meninggalkan parti itu pada 2009.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments