Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Dua ahli DAP dipecat kerana demonstrasi

 | June 23, 2012

Murugan A Kaliappan dan Thulasi Das Visuvalingam mengadakan demonstrasi kerana membantah cara pemimpin DAP Johor mengendalikan mesyuarat cawangan mereka.

JOHOR BARU: Dua ahli DAP di Johor dipecat kerana didakwa mengadakan demonstrasi pada perhimpunan semasa konvensyen parti di Shah Alam serta di Johor.

Kedua-dua mereka ialah Murugan A Kaliappan dan Thulasi Das Visuvalingam dari Taman Nesa, Skudai.

Surat pemecatan serta merta itu ditanda tangani Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai yang juga ahli Parlimen Cheras selepas mengadakan mesyuarat minggu lalu.

DAP memberi peluang mereka membuat rayuan dalam tempoh dua minggu tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian.

Ketika dihubungi, Murugan yang pernah menjadi ketua cawangan Taman Nesa berkata, beliau dan Thulasi mengadakan demonstrasi tersebut kerana membantah cara pemimpin DAP Johor ketika mengendalikan mesyuarat cawangan tersebut .

Bantah Ketua Pemuda

“Saya membantah kehadiran Ketua Pemuda DAP Johor, J Jason, tetapi Naib Pengerusi Norman Fernandez yang hadir sama telah membatalkan mesyuarat atas alasan laporan cawangan tidak lengkap.

“Saya telah menulis surat kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta tokoh veteran Lim Kit Siang untuk menerangkan perkara sebenar tetapi tidak mendapat jawaban,” katanya.

Murugan bekerja sebagai pemandu jengkaut, manakala Thulasi pemandu lori di Johor.

Murugan berkata,  beliau merasa tidak senang kata-kata Dr Foo yang mendakwa DAP mengutamakan kaum majoriti dan bukannya minoriti.

Katanya, kenyataan ini seolah-olah masyarakat India tidak penting kepada parti.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments