Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

MB S’gor terus pertahan Faekah

 | June 23, 2012

Abdul Khalid menjelaskan beliau tidak akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Rafizi Ramli.

SHAH ALAM: Tan Sri Khalid Ibrahim terus mempertahankan tindakan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin yang didakwa menghantar surat agar sebuah firma guaman dipertimbangkan menjadi panel peguam di syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Menteri Besar menjelaskan tindakan Faekah tidak menyalahi etika kerana surat itu hanya untuk ‘pertimbangan’ syarikat berkenaan.

Beliau berkata, firma guaman yang didakwa mempunyai kaitan kekeluargaan dengan Faekah, tidak mendapat sebarang projek kerajaan negeri.

“Itu (surat) adalah perkara biasa. Kalau kata firma itu dapat bisnes itu salah. Tapi surat itu hanya dipanjangkan untuk pertimbangan syarikat berkenaan jika perlu. Dalam hal Faekah, firma (didakwa ada hubungan kekeluargaan) tidak dapat.

“Saya kadang-kadang akan menulis benda sama. Ada orang tulis surat pada saya jika saya boleh beri surat pada PKNS. Apa saya buat? Saya tulis dipanjangkan untuk perhatian PKNS. Itu sebab orang tak mahu bagi surat pada saya,” katanya berseloroh.

Beliau ditemui pemberita selepas perasmian kompleks membeli belah Setia City Mall, di sini hari ini yang dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Faekah dilaporkan mengaku menghantar surat agar sebuah firma guaman yang mempunyai hubungan keluarga dengannya ‘dipertimbangkan’ menjadi panel peguam di syarikat terbabit.

Khalid tiada masalah dengan Rafizi

Namun beliau menjelaskan surat itu dihantar bersama beberapa surat firma guaman lain yang turut berminat menjadi panel guaman di PNSB dan syarikat milik kerajaan negeri lain.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Rabu lalu.

Malah beliau turut menyifatkan anak muda itu mahu fokus dalam usaha menjadi ahli parlimen kelak.

Ujar beliau, tindakan Rafizi meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri untuk lebih bebas dalam mengutarakan sebarang pandangan.

“Beliau (Rafizi) memang nak fokus untuk jadi ahli parlimen maka perlu bertindak secara secara berkecuali. Namun kita sangat profesional,bekerja sebagai satu pasukan dan saya tidak pernah ada masalah dengannya,” kata beliau.

Katanya, jawatan Rafizi itu juga tidak akan diganti dengan mana-mana individu kerana perkara yang lebih penting ialah terus menumpukan kerja dalam kerajaan negeri.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments