Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Zionis musuh kemanusiaan sejagat

 | June 24, 2012

Zionis adalah satu pergerakan anti demokrasi dan berbentuk perkauman.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama harus ditanam dengan kefahaman yang betul dan benar bahawa zionis Israel adalah musuh kemanusiaan sejagat.

Profesor Dr Azmi Hassan, seorang Geostrategist dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, isu Palestine adalah isu sejagat sama seperti dasar apartheid di Afrika Selatan pada suatu ketika dahulu yang ditentang oleh masyarakat antarabangsa.

“Dalam menghadapi isu Palestine ini, kita harus menukar strategi dengan memberi kefahaman bahawa zionis adalah satu pergerakan anti demokrasi dan berbentuk perkauman.

Perjuangan menentang kezaliman zionis Israel adalah perjuangan untuk menegak keadilan buat rakyat Palestine,” katanya pada “Wacana Al-Quds: Siapa itu Zionis Israel?” di Dewan Serbaguna Lembah Keramat di sini malam tadi.

Forum ini adalah anjuran Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malayia (Sejagat) dengan kerjasama Pusat Khidmat Adun Hulu Kelang.NGO-NGO Islam yang turut menghulurkan kerjasama ialah Perdana Global Palestine Front (PGPF), Muslim Care Malaysia, Aman Palestine,

HALUAN, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Belia Al-Aqsa dan Haz Prihatin.

Istilah zionis

Ahli panel kedua, Dr Zohdi Marzuki dari Universiti Malaya pula menjelaskan kekeliruan yang timbul mengenai definasi zionis yang tidak disebut dalam Al Quran dan Al Quran hanya menyebut Bani Israel, Yahudi dan ahli kitab.

“Bani Israel asalnya ialah keturunan Nabi Yaakob yang beragama Islam (mengikut agama Nabi Ibrahim). Israel ialah nama lain bagi Nabi Yaakob. Tetapi ada keturunan dari Nabi Yaakob ini telah menyeleweng dan mengikut agama Yahudi.

“Mereka menulis isi kitab Taurat. Mereka merubah isi kitab.  Dalam Taurat disebut nama Muhammad.  Orang-orang Bani Israel dianjur mengikut Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw tetapi mereka telah engkar,” katanya.

Menurut Dr Zohdi, perkataan zionis hanya muncul kemudian iaitu pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20.  Istilah zionis ini digunakan bagi menerangkan satu perancangan sulit dan jahat orang-orang Yahudi.

“Mereka merancang untuk mengekalkan kuasa bukan sahaja di Jurusalem sebagai ibu negara tetapi mereka mahu meluaskan jajahan takluk mereka meliputi utara Mesir, Jazirah Arab sehingga ke Sungai Furat (Iraq).

“Ini berikutan dari satu persidangan Yahudi yang memberi laluan kepada orang-orang Yahudi melalui British yang membawa kepada penjajahan Palestin pada tahun 1948,” jelas beliau.

Resolusi

Forum yang dihadiri lebih 1,000 anggota masyarakat yang prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat Palestine telah merumuskan beberapa resolusi.

Bahawa Sejagat mengutuk dengan sekeras-kerasnya zionis Israel yang melanggar hak asasi manusia dengan merampas tanah rakyat

Palestine dan memohon kerjasama media massa dan media sosial untuk menyebar-luaskan maklumat ini.

Bahawa Sejagat berpakat untuk mendesak supaya kerajaan Malaysia mengambil inisiatif untuk bersama-sama dengan negara-negara Islam yang lain bagi menghalang Amerika Syarikat dari terus menyokong tindak tanduk kekejaman zionis.

Bahawa Sejagat dan NGO-NGO Islam menyeru supaya dunia Islam dan seluruh umat Islam bersatu di bawah panji-panji kalimat Laa illaha illallah.

Bahawa Sejagat berpakat untuk menghantar satu memorandum kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya badan dunia itu mengambil sikap yang lebih tegas dalam menangani isu Palestine ini.

Bahawa Kami selaku pengguna, atas nama agama dan kemanusiaan sejagat, memboikot barangan dan produk Israel bagi tujuan untuk melumpuhkan ekonomi negara haram itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments