Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Karya kartun tumbuh subur jika bebas

 | June 25, 2012

Zunar berkata, karya-karya kartun harus dibiar berkembang bukan dipandu untuk menyokong dasar kerajaan.

PETALING JAYA: Seorang kartunis politik tersohor tanah air berkata karya-karya kartun hanya akan tumbuh subur jika kartunis diberi kebebasan berkarya.

Zulkiflee Anwar Haque atau Zunar berkata, karya-karya kartun harus dibiar berkembang bukan dipandu untuk menyokong dasar kerajaan.

“Kartunis adalah insan seni yang melahirkan karya-karya berperanan, antara yang paling besar adalah mengkritik kepincangan, rasuah, salah guna kuasa dan kezaliman pemerintah,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggesa para kartunis supaya menerapkan mesej “1Malaysia” melalui karya-karya mereka pada majlis PM Bersama Kartunis di Pasar Seni Kuala Lumpur semalam.

Oleh itu katanya, Perdana Menteri tidak perlu merendahkan martabat kartunis kepada propogandis dan malahan sebaliknya ajakan Najib itu sebenarnya mempamerkan sifat hipokrit kerana dalam pemerintahannya, kebebasan kartunis paling teruk disekat.

1Malaysia lambang rasuah

“Selain pengalaman saya sendiri yang ditangkap dan buku-buku diharam, semua kartunis-kartunis lain yang berkarya di media-media arus perdana dilarang dari mengkritik kerajaan.

“Akta-akta yang menyekat kebebasan kartunis seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta akta Hasutan masih dipertahan Najib,” jelas beliau.

Selain itu kata Zunar, karya-karya kartun juga dilarang dalam kempen Pilihan Raya Umum akan datang. Secara gambarannya, ini bererti Najib mengikat tangan dan kaki kartunis dengan akta dan peraturan dan mahukan kartunis menyokong beliau.

Katanya, mengenai saranan supaya kartunis menyokong kerajaan menerapkan nilai-nilai perpaduan kaum melalui karya-karya mereka, ia adalah wajar tetapi pihak yang hendak disokong mesti terlebih dahulu menyuburkan perpaduan kaum.

“Perpaduan kaum unjuran Najib adalah satu ‘wayang’ politik kerana beliau kesana kemari menjaja “1Malaysia’, tetapi pada masa yang sama mempelopori dan mendokong NGO pemecah belah kaum seperti Perkasa, Pekida dan lain-lain.

“Kerana itu, 1 Malaysia tidak dilihat sebagai lambang perpaduan kaum, sebaliknya adalah lambang rasuah. Semua perasuah bernaung di bawah lambang tersebut. Kartunis seharusnya mengkritik pentadbiran Najib 1Malaysia, bukan menyokongnya,” tegas beliau.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments