Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

LRT: Najib beri kontrak kepada George Kent?

 | June 25, 2012

PM sendiri campur tangan sedangkan campur tangan beliau ini tidak disenangi pihak pengurusan Prasarana," dakwa Rafizi.

VIDEO INSIDE

PETALING JAYA: PKR mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan dalam pemberian projek tambahan sistem transit aliran ringan (LRT) Ampang bernilai RM960 juta.

Pengarah Stategi PKR Rafizi Ramli mendakwa Najib sendiri memastikan supaya kontrak tersebut dianugerahkan kepada sebuah konsortium yang diterajui syarikat George Kent.

Menurutnya, konsortium terbabit tidak terpilih melalui proses tender terbuka yang dijalankan oleh syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana).

“Perdana Menteri sendiri pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka.

“Menurut sumber, Najib sendiri campur tangan untuk pastikan kontrak itu dianugerahkan kepada George Kent sedangkan campur tangan beliau ini tidak disenangi pihak pengurusan Prasarana,” dakwa Rafizi.

Beliau memberitahu surat daripada Pengarah Pengurusan Kumpulan Prasarana kepada Kementerian Kewangan bertarikh 12 Disember 2011 memaklumkan bahawa Konsortium PDA dipilih sebagai kontraktor terbaik projek tersebut.

“Malah surat itu juga memaklumkan kepada Perdana Menteri memohon kelulusan mengeluarkan Surat Tuju Terima kepada Konsortium PDA.

“Akhbar Business Times dalam laporannya juga mengesahkan bahawa Najib bertindak menukar keputusan Prasarana dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibatkan wang rakyat itu,” kata Rafizi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments