Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Rafizi tumpu susun strategi untuk PKR

 | June 25, 2012

Ini kerana pentadbiran negeri Selangor di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah kukuh dan menunjukkan prestasi yang cemerlang.

VIDEO INSIDE

PETALING JAYA: Rafizi Ramli menegaskan bahawa perletakan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor adalah kerana beliau mahu menumpukan usaha menyusun strategi parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13 (PRU13) nanti.

“Ini kerana pentadbiran negeri Selangor di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah kukuh dan menunjukkan prestasi yang cemerlang maka dengan itu, khidmat saya lebih diperlukan dalam PKR,” katanya dalam satu sidang media di sini di Ibu Pejabat parti pagi tadi.

Pengarah Strategi PKR itu menafikan dakwaan kononnya wujud salah faham di antara beliau dengan Menteri Besar dan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin.

“Saya mula-mula menyatakan hasrat untuk menarik diri dari pentadbiran kerajaan Selangor dalam bulan Oktober 2011 semasa PKR mula menumpukan perhatian serius membongkar penyelewengan dalam NFC (National Feedlot Corporation).

“Memandangkan tarikh PRU13 belum jelas ketika itu maka saya diminta pimpinan parti untuk menangguhkan hasrat itu.

“Bila saya bongkar segala penyelewengan Umno-BN, mereka (Umno-BN) tidak beri respon namun bila saya nak letak jawatan pelbagai spekulasi cuba mereka mainkan,” katanya.

Akhbar dan blog pro Umno-BN memainkan isu kononnya beliau memprotes pentadbiran Abdul Khalid dan terlibat dengan usaha untuk memecat Faekah.

Bagaimanapun Rafizi menyatakan bahwa adalah tidak wajar bagi ahli politik seperti beliau dibayar gaji daripada wang rakyat sedangkan beliau lebih menumpukan perhatian kepada aktiviti politik dalam PKR.

Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi mengesahkan beliau akan bertanding dalam PRU13 namun enggan mengesahkan kerusi yang bakal ditandinginya.

“Nama saya disebut-sebut di Kemaman, Pandan dan di Padang Rengas tetapi keputusan calon ini dibuat oleh kepimpinan tertinggi parti di saat-saat akhir nanti.

“Kita ada strategi pilihan raya dan kerusi-kerusi ini perlu strategi tertentu,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai kerusi yang bakal ditandingi beliau.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments