Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

‘Makhluk perosak’ punca kebanjiran peniaga asing

 | June 26, 2012

Ada 51,000 peniaga yang berdaftar dengan DBKL namun 80 peratus daripadanya di'alibaba'kan.

PUTRAJAYA: Tindakan beberapa pegawai pihak berkuasa yang menjadi ‘makhluk perosak’ didakwa sebagai punca kebanjiran peniaga asing di sekitar Kuala Lumpur.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa, ini disebabkan wujudnya penglibatan pegawai yang berada dalam agensi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), selain Jabatan Imegresen, polis, dan beberapa persatuan peniaga yang melindungi peniaga asing.

Katanya, disebabkan kelonggaran itu peniaga tempatan terjejas sehingga terpaksa bersaing dengan warga asing terutamanya dalam isu mendapatkan tapak perniagaan.

“Ada 51,000 peniaga yang berdaftar dengan DBKL namun 80 peratus daripadanya di’alibaba’kan,” katanya kepada pemberita dihadapan Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Beliau turut bimbang sekiranya peniaga asing diberi peluang menguasai perniagaan bazar Ramadhan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, dan beberapa bazar utama sekitar Kuala Lumpur bulan depan.

“Mereka ni tak bawa untung kepada kerajaan. Mereka warga asing tak bayar cukai.

“Secara purata dalam sebulan 45 kali Jabatan Imegresen buat operasi di Kuala Lumpur dan Putrajaya tapi warga asing tetap wujud,” katanya.

Beliau sebelum itu bersama kira-kira 250 peniaga kecil sekitar Kuala Lumpur hari ini menyerahkan memorandum mendesak satu suruhanjaya khas bebas membanteras kebanjiran penjaja asing diwujudkan.

Peniaga terbabit yang bernaung di bawah NGO itu berkumpul dihadapan Pejabat Perdana Menteri di sini pukul 2.00 petang tadi dan menyerahkan memorandum kepada pegawai khas Perdana Menteri Datuk Razali.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments