Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Menteri ada kuasa isytihar Bersih pertubuhan haram

June 26, 2012

Hishammuddin membuat keputusan itu bagi memelihara keselamatan negara serta ketenteraman awam dan keputusan beliau itu sah di sisi undang-undang.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempunyai kuasa untuk mengisytihar ‘Bersih’ sebagai sebuah pertubuhan haram dan tindakan beliau itu tidak bercanggah dengan undang-undang.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad berkata Hishammuddin membuat keputusan itu bagi memelihara keselamatan negara serta ketenteraman awam dan keputusan beliau itu sah di sisi undang-undang.

Azizan berkata demikian dalam hujahnya pada prosiding semakan semula penghakiman yang difailkan 14 anggota jawatankausa pemandu “Bersih’, termasuk Datuk S. Ambiga, terhadap Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Azizan juga berkata Ambiga dan 13 yang lain, yang diwakili Ambiga dalam permohonan itu, tidak mempunyai locus standi, manakala keputusan Menteri Dalam Negeri mengisytihar ‘Bersih’ sebagai pertubuhan haram pula adalah sesuatu yang wajar serta rasional.

Sementara itu, dalam hujahnya, peguam Tommy Thomas, yang mewakili kesemua pemohon, berkata tindakan Hishammuddin itu bercanggah dengan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

“Menteri berkenaan terkhilaf dalam melaksanakan kuasanya dan oleh itu, keputusan beliau patut dibatalkan,” katanya.

Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan 24 Julai untuk mengumumkan keputusannya.

Pada 28 Sept tahun lepas, Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan jawatankuasa pemandu itu untuk mendapatkan semakan semula penghakiman.

Mereka juga memohon mahkamah mengetepikan perintah Menteri Dalam Negeri bertarikh 1 Julai, yang mengisytihar Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram, sebagai tidak sah dan terbatal serta tidak terpakai.


- Bernama

Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments