Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

MP Nibong Tebal serah bukti penyelewengan pembantu Teo kepada SPRM

 | June 27, 2012

Tan turut mendakwa dirinya menjadi sasaran sekumpulan samseng apabila cuba membuat laporan polis di Seri Kembangan di sini tengahari tadi.

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng hari ini menyerahkan bukti penyelewengan pembantu politik Ahli Parlimen DAP-Serdang Teo Ni Ching yang menerima wang sogokan sebanyak RM18,000.

Bukti itu meliputi surat aduan kepada Menteri Besar Selangor, Jawatankuasa Lembaga Disiplin DAP, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai
Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), laporan polis, termasuk dokumen transaksi wang daripada pemilik premis, Yap Kon Ming kepada pejabat Teo.

Bukti yang melibatkan pembantu Teo, Chan Huan Guan itu diserahkan Tan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini petang tadi.

Tan ketika ditemui menafikan beliau sengaja memfitnah Teo dan Chan kerana mempunyai bukti kukuh atas dakwaan itu.

Katanya, walaupun ada kemungkinan Teo tidak terlibat secara langsung, namun Teo dan DAP perlu menyiasat sendiri secara keseluruhan kerana ini membabitkan penyelewengan dan salah guna kuasa pegawainya sendiri.

“Isu ini bukan kerana membabitkan jumlah wang yang besar atau kecil tetapi ia membabitkan prinsip korupsi.

“Pengadu juga menerima tekanan beberapa pihak sehingga dipecat DAP kerana mengemukakan masalah tersebut…ini tak adil,” katanya.

Sementara itu, Tan turut mendakwa dirinya menjadi sasaran sekumpulan samseng apabila cuba membuat laporan polis di Seri Kembangan di sini tengahari tadi.

Katanya, beliau yang hadir ke Balai Polis Seri Kembangan kira-kira 1.30 tengahari tadi kemudian membatalkan niatnya untuk membuat laporan polis berhubung isu ini apabila melihat kira-kira 10 orang samseng sedia menunggunya dihadapan balai.

Tan sebelum ini mendakawa Chan menerima wang sogokan sebanyak RM18,000 daripada Yap yang menyewakan premisnya di Cheras kepada Teo sejak 2009.

Tan mendakwa separuh daripada kadar sewaan RM1000 sebulan yang dibayar Kerajaan Selangor kepada Yap itu diambil oleh Chan.

Yap yang sudah tidak tahan dengan kes itu sudah membuat laporan kepada kerajaan Selangor tetapi sehingga sekarang tiada tindakan diambil.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments