Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Demo bebas tahanan ISA di perkarangan Parlimen

 | June 28, 2012

Mereka mahu KDN mendengar tuntutan tahanan ISA di Kamunting yang melancarkan mogok lapar sejak lapan hari lalu.

VIDEO INSIDE

KUALA LUMPUR: Kira-kira 30 penyokong Gerakan Mansuh ISA (GMI) hari ini melakukan demonstrasi aman di luar perkarangan Parlimen menuntut pembebasan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kumpulan itu tiba pukul 11 pagi tadi dengan membawa sepanduk ‘Kempen Bebaskan Tahanan ISA’ serta beberapa poster termasuk hasil lukisan bekas tahanan ISA yang menunjukkan situasi penderaan sepanjang ditahan di Kamunting, Perak.

Mereka mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendengar tuntutan tahanan ISA di Kamunting yang melancarkan mogok lapar sejak lapan hari lalu.

Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh berkata, walaupun akta itu sudah dimansuhkan, namun perbuatan mendiamkan diri tanpa tindakan dan membiarkan tahanan berlapar merupakan sifat yang tidak bertanggungjawab yang tidak sepatutnya dilakukan seorang Menteri.

“GMI menuntut Menteri KDN menjamin tahanan yang melancarkan mogok lapar tidak akan dikenakan sebarang tindakan seperti mana yang
dikenakan terhadap Fadzullah Razak dan Razali Kassan yang telah diasingkan daripada tahanan lain dan dikenakan kurungan (solitary confinement),” katanya.

Beliau berkata pihaknya berpendirian untuk terus menyokong tindakan yang dilakukan oleh tahanan ISA atas dasar memahami kedudukan tahanan yang begitu tertekan dan terdesak sehingga nekad melakukan mogok lapar.

“Kami akan tetap bersolidariti dengan tahanan ISA yang sedang berjuang menuntut pembebasan mereka daripada terus dianiaya oleh akta zalim ISA,” katanya.

Binggung

Sementara itu, bapa Fadzullah yang menjadi tahanan ISA sejak dua tahun lalu, Abdul Razak Mohd, 54, bingung anak sulungnya itu diasingkan tanpa dimaklumkan perkara sebenar.

“Saya nak tahu kenapa dia dikurung…sekurang-kurangnya saya nak tahu apa masalah sebenar dia,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata GMI mengadakan himpunan menyalakan lilin di hadapan Bukit Aman pada Sabtu malam sebagai simbolik mendesak kerajaan segera membebaskan kesemua tahanan ISA.

Manakala pada keesokan Ahad pula, satu protes dihadapan pintu utama Kem Tahanan Kamunting bersama keluarga mangsa tahanan pula akan diadakan pada pukul 10 pagi.

Gerakan itu turut menyerahkan satu memorandum menuntut pembebasan tahanan ISA kepada Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments