Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Urus niaga awal FGVH tidak menguntungkan peneroka

 | June 28, 2012

Keuntungan RM1 sesaham itu sangat kecil kerana peneroka terpaksa membayar yuran proses dan kos guaman menyertai FGVH.

PETALING JAYA: PKR mendakwa urus niaga pada harga RM5.39 sebaik Felda Global Ventures Holdings Bhd (FVGH) di Bursa Malaysia pagi ini tidak memberi apa-apa makna kepada peneroka.

“Keuntungan RM1 sesaham itu sangat kecil kerana peneroka terpaksa membayar yuran proses dan kos guaman menyertai FGVH.

“Kalau untung RM3 sesaham baru peneroka mendapat sedikit keuntungan. Dari urus niaga awal ini, yang untung besar ialah Tan Sri Isa Samad dan kroni-kroninya yang mendapat banyak saham FGVH,” kata Suhaimi Said, ketua biro Felda dan orang Asal PKR.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemunculan urus niaga pertama pada harga RM5.39 sebaik ia disenaraikan hari ini.
Bagaimanapun, urus niaganya  terus meningkat menjelang tengah hari.

Harga sawit jatuh

Suhaimi mendakwa, apa yang berlaku sekarang tetapi tidak diberi perhatian ialah harga sawit telah jatuh RM100 bagi satu tan metrik.

Manakala harga getah juga turun dari RM4 agi satu kilogram kepada lebih RM3, bermakna peneroka rugi sekitar RM3 bagi setiap kilogram.

Katanya, adalah lebih baik Felda mempertahankan harga kelapa sawit dan getah sekarang yang rata-rata peneroka mendapat RM7, 000 hingga RM8, 000 sebulan.

“Atau sekurang-kurangnya Felda berusaha untuk membayar harga mengikut perahan sebenar iaitu 27 peratus berbanding 21 peratus sekarang ini.

“Sekarang ini peneroka mengalami kerugian kira-kira RM1, 000 sebulan kerana tindakan Felda membayar 21 peratus itu.

“Bayangkan berapa kerugian yang mereka alami untuk tempoh 15 tahun,” tambah Suhaimi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments