Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pemuda Umno Johor bergolak

June 29, 2012

Suhaizan mendakwa 16 ketua Pemuda Umno bahagian mendesak Mohd Fadil Muskon meletakkan jawatan.

PETALING JAYA: Pemuda PAS Johor mendakwa Pemuda Umno negeri itu sedang bergolak kerana desakan dari 16 Pemuda bahagian supaya ketuanya Mohd Fadil Muskon meletakkan jawatan.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat mendakwa,  antara alasan penolakkan Mohd Fadil  kerana dikatakan beliau ini orang Ketua Pemuda Umno Pusat, Khairy Jamaluddin.

Manakala 16 orang Ketua Pemuda Umno Bahagian yang didakwa terbabit adalah daripada kumpulan Timbalan Ketua, Datuk Razali Hj Ibrahim, kata beliau dalam satu kenyataan media.

“Selain daripada itu terdapat juga pandangan menyatakan bahawa Sdr Mohd Fadil Muskon yang disifatkan sebagai ‘budak baik’ kurang senang dengan Pemuda-pemuda Umno Bahagian yang mengambil kesempatan daripada projek-projek kerajaan untuk kepentingan peribadi pemimpin tertentu.

“Sifat  ini telah mengurangkan peluang-peluang  pemimpin-pemimpin tertentu mendapat habuan mereka. Keadaan ini telah digunakan oleh seteru politiknya untuk membangkitkan isu bahawa saudara Mohd Fadil tidak menjaga kebajikan pemuda-pemuda Umno bahagian.

“Ada juga Ketua Bahagian Umno Johor yang tidak berpuas hati dengan perkembangan yang berlaku disebabkan pilihanraya sudah terlalu hampir dan dengan berlakunya perpecahan hanya akan mengundang kejatuhan Johor dari tangan Umno”, kata Suhaizan lagi.

Ketua tidak hadir

Menurut beliau lagi, kelemahan Pemuda Johor ini dapat dilihat dengan jelas di Negeri Johor. Aktiviti mereka sangat kurang sehingga di sesetengah kawasan, Pemuda PAS lebih terkehadapan dari pemuda Umno bahagian.

Suhaizan mendakwa, beliau mendapat maklumat itu dari mesyuarat Pemuda Umno Johor di Kuala Lumpur Rabu lalu.

“Maklumat yang kami terima, ketua-ketua Pemuda  yang terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan Mohd Fadil adalah Ketua Pemuda bahagian Pontian, Batu Pahat, Pagoh, Tebrau dan Johor Bahru ,” katanya.

Beliau juga mendakwa terdapat juga ketua-ketua Pemuda bahagian yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut kerana tidak mahu terlibat dalam masalah yang sedang dihadapi.

Kata beliau, “mereka yang tidak hadir juga berkemungkinan besar menolak kepimpinan pemuda Umno Johor.

“Ini bermakna lebih daripada 61 peratus Pemuda Umno bahagian menolak kepimpinan sekarang,” kata Suhaizan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments