Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Penduduk merayu kerajaan bantu penempatan baru

 | June 29, 2012

Pemaju mengambil tanah yang diduduki berpuluh tahun tanpa pengetahuan mereka.

MELAKA: PKR Melaka meminta kerajaan negeri mengambil berat nasib 22 keluarga Melayu dari perkampungan Batang Tiga di Tangga Batu yang diarahkan berpindah tetapi tidak disediakan lokasi baru.

Mahkamah dalam writnya baru-baru ini menetapkan mereka perlu berpindah selewat-lewanya 31 Ogos depan.

“Mereka kini dalam keadaan tidak menentu kerana tidak tahu ke mana mahu pergi. Kerajaan pula tidak berbuat apa-apa.

“Sepatutnya kerajaan melakukan sesuatu membantu penduduk,” kata Pengarah Pilihan raya PKR negeri, Mohd Yusof Abdullah.

Menurut Mohd Yusof, penduduk yang menduduki tanah tersebut sejak berpuluh tahun lalu mahu kerajaan negeri membantu mereka.

Katanya, kerajaan negeri setakat ini hanya mewar-warkan akan membantu penduduk tetapi tidak ada hitam putih sedangkan masa berpindah semakin hampir.

“Pemaju membeli tanah tersebut untuk tujuan pembangunan tetapi tidak memberitahu penduduk.

“Penduduk-penduduk ini yang tidak ada pendapatan mengharapkan belas ehsan pihak tertentu membantu mereka.

“Walaupun, PKR tidak mempunyai kuasa dalam hal ini, mereka juga datang mengadu. Atas rasa prihatin, saya meminta pihak berkenaan melakukan sesuatu membantu mereka,” kata Mohd Yusof lagi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments