Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

MB S’gor akui jarang hadir mesyuarat PKR

 | June 30, 2012

Abdul Khalid menyifatkan tindakan itu bukan isu besar memandangkan beliau akan memastikan wakilnya hadir menggantikannya.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengakui bahawa beliau jarang menghadiri mesyuarat kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi menghantar wakil menggantikan dirinya.

Namun, Khalid menyifatkan tindakan itu bukan isu besar memandangkan beliau akan memastikan wakilnya hadir menggantikan dirinya sekiranya tidak dapat menyertai mesyuarat anjuran parti.

“Ada yang saya hadir, ada yang tidak. Saya wakilkan pegawai saya yang dulunya penolong setiausaha PKR untuk hadir.

“Kita gilir-gilir untuk hadir mesyuarat. Maka tiada isu kata saya tidak hadir atau tidak,” katanya menjawab pertanyaan pemberita berhubung dakwaan beliau kerap ponteng dalam mesyuarat parti.

Sementara itu, mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar bahawa pertemuan dengan semua parti politik di peringkat nasional dan negeri akan diadakan bulan depan, Abdul Khalid berkata:

“Kami juga akan bertemu untuk membincangkan isu pertambahan pengundi baru di 56 kawasan Dewan Negeri (Dun) Selangor.”

Katanya, hasil kajian yang dijalankan akan dibawa kepada SPR berhubung pertambahan 500,000 pengundi baru di negeri itu.

“Kajian dah dijalankan dan maklum balas sudah diterima. Minggu depan kita akan mula analisa dari 500,000 nama yang bertambah dalam setiap Dun.

“Kita mahu kenalpasti sama ada mereka itu ada dalam alamat seperti terkandung data SPR. Kita dah buat persediaan dan bulan depan kita bawa hasil kajian kerana dah kenal pasti pengundi baru dalam senarai yang ditambah sejak 2008,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments