Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Hanuman: Suara Hati – Bahagian 42

 | July 1, 2012

Rama yang perkasa masih memerlukan bantuan Sita untuk berjaya.

FEATURE

“Ah, lihat apa yang telah kau lakukan,” rungut ibu. “Dia baru tidur sebentar tadi.”

Tilewi duduk di atas katil lalu memperhatikan aku.

“Siapa dia ni, emak?”

“Utusan daripada ayah kau.”

“Daripada Maharaja Ravana?”

Sita tersenyum malu. Mukanya memerah.

“Tilewi, sayang. Sudah berapa kali emak katakan kepada kau. Ayah kandung kau adalah Ramachandra, bukan Maharaja Ravana.”

“Tapi, emak.” Tilewi mencebikkan bibir sebelah bawah. “Maharaja Ravana selalu memanggil saya sebagai anaknya.”

“Kau tidak akan faham semua ini, Tilewi. …”

Tilewi merenungku. Aku membalas tenungannya.

“Emak, tengok kera ini! Matanya hijau. Cantik. Bulunya putih bersih. Badannya tegap.” Tilewi memicit-micit lengan kananku. “Bolehkah saya menyimpannya?”

Ah, lihat nasib diriku! Adik aku sendiri mahu menjadikan aku binatang peliharaannya!

“Tak boleh, Tilewi. Emak akan minta Maharaja Ravana mendapatkan binatang peliharan lain untuk kau.” Ibu menarik Tilewi ke sisinya sambil berkata begitu. “Kera ini perlu pergi sekarang.”

Aku masih dihurungi keterkejutan.

“Sebenarnya …”

“Ha, ada apa lagi?”

“Rama mengutus saya untuk bertanyakan di mana letaknya nyawa Ravana. Tanpa maklumat itu, Ravana tidak mungkin dapat ditewaskan.”

“Isy! Kenapa kau tak beritahu sejak awal tadi?”

Sita membaringkan Tilewi di atas katil tanpa mengharapkan sebarang jawapan daripadaku.

“Hm, akhirnya aku juga yang diperlukan. Tidak aku sangka langsung! Suamiku yang perkasa itu sebenarnya masih memerlukan bantuan seorang perempuan untuk mencapai wijaya. Tapi pasti dalam catatan sejarah nanti, hanya namanya disebut sebagai wira; bukan namaku.”

Sita mula mendodoikan anak berumur sekitar empat belas tahun itu. Aku sabar menanti.

“Aku tahu di mana letaknya nyawa Ravana.”

Bagus! Wijaya sudah semakin menghampiri ayah.

“Baru malam tadi aku berjaya memujuk Ravana agar menceritakan rahsia peribadi itu kepadaku.”

Aku terus menanti.

“Beritahu Rama, nyawa Ravana terletak di dalam lubang hidung sebelah kiri pada kepalanya yang ketujuh dari sebelah kanan.”

Bagus! Wijaya kini di tangan ayah. Akan berakhirlah riwayat hidup Ravana. Akan kembali amanlah seluruh alam. Akan bertemu semulalah Rama, Sita, Tilewi dan Letchumanen. Akan berbahagialah mereka.

Aku pula?

Mungkin selepas itu, ayah akan membuat pengakuan terbuka bahawa aku juga anak kandungnya; anak sulung. Dan Tamnat Gangga akan tahu bahawa dia adalah cucu kepada Rama, raja kaum Dravida. – Bersambung minggu depan

Baca juga:

Bahagian terdahulu

Uthaya Sankar SB memblog di www.uthayasb.blogspot.com dan boleh dihubungi menerusi e-mel [email protected]


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments