Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Bahaya pandangan jadi undang-undang Islam’

 | July 2, 2012

Monopoli Islam oleh kerajaan, budaya, politik Melayu antara faktor yang membantutkan hak dan kebebasan wanita yang diperuntukkan di dalam al-Quran.

PETALING JAYA: Hak dan kebebasan wanita merupakan konsep yang diakui di dalam Islam. Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan hak dan kebebasan wanita Islam tidak menyerlah.

“Bahaya terbesar yang berlaku adalah apabila pandangan yang berperanan di dalam abad ke 5 diterima dan dijadikan sebagai sebahagian daripada sistem Syariah abad ke-21.

“Zihar umpamanya adalah konsep perceraian yang hanya diamalkan oleh masyarakat Arab,” kata Pengarah Eksekutif Sisters in Islam, Ratna Osman.

Zihar merujuk kepada amalan cerai lelaki Arab yang menceraikan isteri kerana mereka menganggap isteri setaraf dengan ibu.

Beliau berkata demikian dalam  forum bertajuk Hak, Kebebasan Wanita dan Islam anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) semalam.

“Al-Quran mengandungi peraturan tatasusila, mesej universal dan mesej abadi. (Tetapi)peraturan tatasusila boleh diubah,” tambah Ratna.

Panelis Juana Jaafar turut bersetuju dengan pandangan tersebut.

“Undang-undang terbentuk dari proses yang dibuat oleh manusia bukan wahyu,” kata penulis kolum akhbar Malay Mail.

Menurut beliau kahwin paksa dan wali mujbir dibenarkan di dalam undang-undang syariah Selangor.

“Dalam tahun 2011, seorang wanita berusia 40 tahun dikahwin paksa dengan wali mujbir.

“Jabatan Agama Islam Selangor mempunyai kuasa dan peruntukan untuk berbuat demikian,” kata Juana.

Menurut beliau, perkara ini berlaku kerana Islam dimonopoli oleh kerajaan, jabatan agama Islam dan pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan konsep ketuanan Melayu yang secara jelas bertentangan dengan al-Quran yang memberikan hak dan kebebasan kepada wanita.

Siapa wira Islam

“Sekarang ini wujud pertandingan siapa wira Islam Melayu dan ia meningkat antara Pakatan Rakyat,” tambah beliau.

Aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir  turut mengutarakan pandangan beliau semasa sesi soal jawab menyalahkan politik kuasa.

“Apa yang berlaku ialah politik dan kuasa bukan Islam.

“Kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membicarakan Nik Raina Nik Abdul Aziz adalah kerana kuasa politik bukan Islam,” kata Marina sambil merujuk kepada tindakan JAWI menahan pengurus kedai buku Borders, Nik Raina atas kesalahan mengedar buku Allah, Kebebasan dan Cinta pada bulan lepas.

Menurut Marina keadaan ini diburukkan lagi oleh masyarakat Islam yang tidak merujuk kepada al-Quran kerana bimbang fahaman mereka bertentangam dengan ajaran Islam sebenar.

“Akibatnya, mereka menyebarkan khabar angin,” tambah Marina.

Sementara itu seorang lagi ahli panelis, Murnie Hidayah Anuar dari kumpulan NGO Lawyers for Liberty pula menyalahkan budaya Melayu dan stigma yang memberikan keutamaan kepada lelaki.

“Masalahnya ialah kerana budaya bukan agama.

“Surah At-Taubah menyatakan secara khusus bahawa lelaki dan wanita adalah setaraf.

“Namun kerana budaya, wanita merasakan martabat mereka lebih rendah,” kata Murnie yang menggesa agar wanita memartabatkan diri mereka.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments