Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Dr Khir: Unisel tiada masalah bawah BN

 | July 2, 2012

Kerajaan negeri tidak membantu Unisel kerana mendapat sumber kewangan sendiri.

PETALING JAYA: Universiti Selangor (Unisel) tidak menghadapi sebarang masalah semasa di bawah pentabiran kerajaan BN, kata Bekas Menteri Besar.

“Unisel tidak menghadapi masalah kewangan atau tenaga pengajar semasa saya menjadi Menteri Besar.

“Unisel berdikari sendiri, kerajaan negeri tidak membantu kerana kerana  mendapat sumber kewangan sendiri.

“Setahu saya, 50 peratus sumber kewangan Unisel diperolehi dari yuran pelajar luar negara, “ kata Dr Mohamad Khir Toyo.

Manakala, Unisel tidak menghadapi masalah dalam membuat pinjaman bank kerana boleh membayar balik pinjaman tersebut.

Dr Mohd Khir berkata, kerajaan Selangor menubuhkan Unisel bagi melahirkan tenaga mahir khususnya untuk keperluan pasaran buruh tempatan.

Menurut bekas Menteri Besar itu lagi, semasa Selangor di bawah BN, kerajaan negeri tidak menghadapi masalah kewangan dalam mentadbir negeri.

“Saya menyerahkan RM1.4 bilion kepada kerajaan Pakatan Rakyat sebaik selepas BN kalah dalam pilihan raya umum 2008,” katanya.

Alat politik

Dr Mohd Khir berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar bahawa kewangan Unisel dalam keadaan nazak.

Noh juga berkata kerajaan negeri mempolitikkan pendidikan dan menjadikan Unisel sebagai alat politik.

Bleiau mendakwa sejak pakatan pembangkang mengambil alih, Unisel menghadapi pelbagai isu termasuk peletakan naib canselor dan ahli lembaga pengarah.

Beliau juga mencabar Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kedudukan kewangan Unisel kerana beliau mempunyai bukti universiti sedang `nazak’ dan menanggung kerugian besar.

Bagaimanapun, ketika mengulas dakwaan kewangan merosot, Abdul Khalid berkata, ia hanya khabar angin.

Manakala tindakan kerajaan negeri meletakkan wakil dalam Lembaga Pengarah Unisel tidak perlu dipertikaikan kerana ia amalan biasa mana-mana universiti negara ini.

Unisel melantik dua pemimpin ahli Parlimen Pakatan Rakyat iaitu Dr Che Rosli Che Mat (PAS- Hulu Langat) dan Datuk Johari Abdul (PKR – Merbok) sebagai ahli Lembaga Pengarah.

Turut dilantik Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments