Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Faisal Tehrani sertai Kavyan

 | July 2, 2012

Beliau menjadi ahli kehormat persatuan penulis India, Kavyan.

PETALING JAYA: Novelis paling berjaya dan paling kontroversi sejak sedekad lalu, Faisal Tehrani memutuskan untuk menjadi Ahli Kehormat dalam Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan).

Penerima Anugerah Seni Negara (2006) itu sekali gus menjadi individu “Bukan Kaum India” sulung menganggotai Kavyan.

Kavyan yang diasaskan pada 22 Ogos 1999 membuka keahlian kepada umum berikutan keputusan sebulat suara yang dicapai dalam Mesyuarat Tahunan pada 6 November 2011.

Keputusan Faisal – atau nama sebenarnya Mohd Faizal bin Musa – dijangka menimbulkan kontroversi dalam kalangan pihak tertentu yang sebelum ini dipercayai cuba memulaukan segala aktiviti Kavyan.

“Ada puak tertentu yang menghubungi beberapa penerbit dan menyebarkan fitnah dalam usaha menghalang penyiaran karya-karya oleh ahli Kavyan sejak awal tahun ini,” kata Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB.

Katanya, kempen dilakukan pihak tertentu untuk melabel Kavyan sebagai “anti-Melayu” dan “anti-Islam” berikutan kelantangan kumpulan penulis itu bersuara dalam kontroversi novel Interlok Edisi Murid dan isu royalti teks Komsas.

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said adalah Penasihat Agung Kavyan sejak 2003. Allahyarham Dr Othman Puteh dan Sasterawan Negara, Datuk Dr Anwar Ridhwan pula pernah menjadi Penasihat Kehormat Kavyan.

Faisal yang terkenal menerusi karya-karya seperti Perempuan Anggerik (2002), Debar Sukma Bisu (2007), Manikam Kalbu (2007), Tuhan Manusia (2007) dan Tiga Kali Seminggu (2010) mengemukakan borang keahlian Kavyan pada 25 Jun 2012.

Baru-baru ini, novel Sebongkah Batu di Kuala Berang (2011) diharamkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana unsur – unsur Syiah manakala terdapat ura-ura bahawa novel Perempuan Nan Bercinta (2012) juga sedang diusahakan supaya diharamkan.

Faisal bakal menghadiri acara “Baca Cerpen Pelbagai Bahasa” di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada hari Jumaat ini jam 4:00 petang dan akan mengadakan sidang media selepas itu untuk menjelaskan mengenai keputusannya menyertai Kavyan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments