Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Pakatan perlu kembangkan bakat artis, bukan ceramah

 | July 2, 2012

Ceramah berterusan tidak wajar, kata kartunis Zunar.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat tidak sepatutnya mengajak artis berceramah kerana ia hanya mensia-siakan bakat seni mereka, kata kartunis politik Zunar.

Menurut beliau, Pakatan gagal mengambil peluang mengembangkan bakat artis yang menyokong Pakatan dengan membiarkan mereka berceramah hampir setiap malam.

“Bob Lokman, Aishah, Dayang Ku Intan, Hairie Othman, Abby Abadi, Iwan (sekadar menyebut beberapa nama) menyertai Pakatan kerana yakin bahawa gagasan tersebut adalah wadah alternatif untuk menggantikan BN.

“Namun begitu, ceramah berterusan tidak wajar terjadi. Pakatan tidak sepatutnya mengajak artis berceramah kerana ia bererti mensia-siakan bakat seni para artis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Pakatan perlu mengambil peluang kepada artis hiburan untuk terus membuat persembahan dengan menyediakan ruang, peluang dan kemudahan bagi mereka untuk terus berkarya.

`Konsert artis berhijrah’

Namun, menurut Zunar sebaliknya terjadi apabila Pakatan gagal menyambut kehadiran golongan daripada industri seni dengan cara sewajarnya.

“Setakat ini tiada usaha untuk mengadakan konsert yang menggabungkan artis-artis yang berhijrah.

“Tiada juga usaha menghasilkan album lagu-lagu reformasi. Tiada juga usaha untuk menghasilkan filem yang mencatat sejarah perjuangan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya mahu mengambil alih Putrajaya, Pakatan perlu mempraktikkannya dengan memberikan kebebasan berkarya kepada penggiat seni dengan menggunakan peruntukan kebudayaan kerajaan negeri.

“Jika ini dapat dilakukan, bukan sahaja Pakatan akan dilihat sebagai wadah alternatif, tetapi payung harapan kepada artis-artis agar dalam melahirkan karya-karya bebas, berkualiti dan menjurus perjuangan,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments