Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Belgium, Ghana, Tanzania julung kali sertai Tilawah

July 4, 2012

Majlis Tilawah al Quran peringkat antarabangsa kali ke 55 ini membawa tema 'Al-Quran: Pemacu Transformasi Ummah Wasatiyyah'.

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, Belgium, Ghana dan Tanzania akan menghantar wakil masing-masing pada majlis Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa kali ke-55, yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini dari Jumaat ini hingga Khamis depan.

Enam puluh qari dan qariah dari 76 buah negara akan memperdengarkan bacaan masing-masing pada majlis itu yang bertemakan ‘Al-Quran: Pemacu Transformasi Ummah Wasatiyyah.’

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha berkata tema ini memberi signifikan yang besar terutama kepada umat Islam bahawa dengan menjadikan al-Quran sebagai sumber panduan mampu menjana ketamadunan ummah yang unggul, modal insan berkualiti serta kompeten dalam urusan dunia mahupun akhirat.

Beliau berkata Malaysia akan diwakili qari dari Kelantan, Muhammad Anuar Ghazali dan qariah dari Kuala Lumpur, Che Aminah Che Awang yang muncul johan qari dan qariah peringkat kebangsaan yang berlangsung bulan lepas.

Othman berkata selain bacaan al-Quran, majlis tilawah akan diserikan dengan persembahan nasyid Raihan, Hijjaz, persembahan daripada program realiti Adik-adikku serta kuiz al-Quran untuk pengunjung.

Beliau berkata Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dijadual merasmikan tilawah manakala majlis penutupan dan penyampaian hadiah bakal disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

- Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments