Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

S’gor bertindak saman MCA

 | July 4, 2012

Keputusan itu dibuat kerana tuduhan penyelewengan wang RM1 bilion itu tidak benar, serius dan mencemarkan nama baik kerajaan negeri.

FULL REPORT

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas MCA dan mereka yang membuat tuduhan penyelewengan wang lebih RM1 bilion bagi menyelamat syarikat pemaju tersenarai Talam Corporation Sdn Bhd.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat kerana tuduhan tersebut tidak benar, serius dan mencemarkan nama baik kerajaan negeri.

“Saman akan difailkan dalam masa terdekat. Kita saman MCA dan mereka yang buat tuduhan. Nama yang terlibat dalam saman belum kita putuskan.

“Atas nasihat guaman kerajaan negeri kita tidak akan buat apa-apa ulasan buat masa ini untuk tidak menganggu proses perundangan tersebut,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.

Semalam FMT melaporkan Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan membentang kertas putih dalam Belanjawan 2013 nanti berhubung isu penyusunan semula hutang Talam .

MCA semalam mendakwa kerajaan negeri telah “berbohong” mengenai usaha mengutip semula hutang bernilai jutaan ringgit dari Talam yang berhutang dengan beberapa syarikat milik kerajaan negeri kerana hutang-hutang itu belum lagi dibayar.

Ahli Parlimen Labis Datuk Chua Tee Yong mendakwa berkemungkinan kerajaan negeri menyalahguna dana awam itu apabila ia membantu

“menyelamatkan” Talam dengan belanjawan tambahan sebanyak RM392 juta yang diluluskan Dewan Negeri Selangor pada 2009.

“Adalah memeranjatkan apabila usaha untuk mendapat kembali hutang sebanyak RM392 juta itu akhirnya melibatkan lebih RM1 bilion dalam urus niaga yang dicurigai,” katanya.

Chua yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani meminta kerajaan Selangor menjelaskan pembelian aset bernilai RM676 juta dan penggunaan geran sebanyak RM392 juta yang melibatkan keseluruhannya berjumlah RM1.068 bilion.

Abdul Khalid menolak dakwaan MCA itu sambil berkata, Chua tidak memahami isu penyusunan semula hutang Talam itu sehingga menyebabkan beliau membuat dakwaan yang tidak benar.

Surat pekeliling

Sementara itu, ditanya mengenai surat pekeliling kerajaan negeri, beliau menjelaskan surat berkenaan tidak merujuk kepada unsur pertimbangan.

“Surat pekeliling itu dinyatakan bahawa tidak boleh beri cadangan. Tapi tiada dinyatakan ‘ditimbangkan’ oleh orang lain,” katanya merujuk kepada isu surat yang membabitkan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin.

Menyentuh isu video yang membabitkan beliau seperti ditulis oleh penulis blog, Raja Petra Kamarudin, Abdul Khalid berkata beliau tidak mengetahui kewujudan video tersebut.

Katanya, beliau sarankan agar video itu dipamer kepada umum dan menyifatkan tindakan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab.

“Saya dah biasa dengan perkara ini. Walaupun saya nampak tindakan itu tidak bertanggungjawab dan menjengkelkan kerana ia termasuk dalam hidup saya, saya hanya tahan sahaja,” katanya sambil berseloroh.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments