Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

GAPS tidak terkejut skandal RM1 bilion

 | July 5, 2012

Kerajaan Selangor didakwa mahu menghabiskan semua harta sebelum PRU 13.

PETALING JAYA:  Skandal RM1 bilion yang kini melanda kerajaan negeri Selangor tidak mengejutkan sebuah NGO yang berjuang membongkar penyelewengan salah guna kuasa dan rasuah di negeri itu.

“Semua yang ada di depan mata merupakan permata kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Semua permata ini mahu dihabiskan sebelum pilihan raya umum 13.

“Hasil pasir, tanah lombong dan tanah liat semuanya mahu dijual oleh kerana  negeri Selangor,” kata Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin.

Hamidzun berkata, rakyat tidak perlu hairan dengan skandal RM1 bilion itu kerana inilah cara pemerintahan Selangor.

“Tanah seluas 14 ekar yang menempatkan asrama Yayasan Selangor dijual untuk membolehkan pembangunan komersil.

“Kini pihak tertentu menggali lima atau enam lombong di Batang Berjuntai untuk mengeluarkan tanah liat.

“Tanah liat kini telah menjadi salah satu sumber pendapatan kepada kerajaan negeri.

“Jangan terkejut kerana sebelum ini Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid ibrahim pernah berkata,  kerajaan negeri akan mendapat hasil pasir berjumlah RM150 juta setahun,” tambah Hamidzun.

Skandal RM1 bilion itu didedahkan oleh Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menerusi beberapa tulisannya di Twitter pada Ahad lalu.

Manakala, Kordinator BN Selangor, Datuk Mohamad Zin Mohamed pula menyifatkan skandal tersebut serius dan mahu kerajaan neegri menjelaskannya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments