Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Hab Halal Tg Manis terbesar di M’sia

 | July 5, 2012

Pelabur Jepun dalam bidang pengeluaran makanan, farmaseutikal, sains kehidupan, keperluan hidup dan bioteknologi amat dialu-alukan melabur di Tanjung Manis.

KUCHING: Hab Halal Tanjung Manis di Sarawak merupakan hab halal terbesar di Malaysia dan ia merupakan tempat yang paling tepat bagi pelaburan Jepun dalam industri halal, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

“Ia merupakan salah satu nod pertumbuhan bagi Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) pada kawasan 77,000 hektar yang telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk industri dan pengeluaran bahan halal,” katanya dalam ucapan perasmian satu seminar.

Beliau memberi jaminan kepada lebih 150 peserta seminar terdiri dari para pelabur dan warga perniagaan Jepun, bahawa kerajaan menawarkan bank tanah yang besar sesuai untuk pertanian dan akukultur.

Pelabur Jepun dalam bidang pengeluaran makanan, farmaseutikal, sains kehidupan, keperluan hidup dan bioteknologi amat dialu-alukan melabur di Tanjung Manis, pelawanya.

Beliau menjelaskan Tanjung Manis juga berpotensi bagi pelaburan dan perniagaan dalam peladangan, penternakan, pemprosesan makanan, logistik, perkhidmatan perkapalan, kosmetik serta produk penjagaan kesihatan dan produk berkaitan minyak sawit.

Setakat ini, jelasnya, Hab Halal Tanjung Manis sudah menerima pelaburan dari dua buah syarikat iaitu Pertanza Sdn Bhd (dengan jumlah pelaburan RM2.5 juta) dan Sea Party Technology Co. Ltd. (RM2 billion).

“Sea Party Technology ialah sebuah syarikat Taiwan yang melabur di Tanjung Manis dalam industri akuakultur seperti penternakan ikan tilapia dan udang, pengusahaan klorella selain penyelidikan dan pembangunan akukultur.

“Sementara Pertanza terlibat dalam penternakan ikan keli dalam kanvas, serta pengeluarannya berasaskan makanan dan pembekalan ikan keli beku,” jelasnya.

Taib, yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar, memberitahu nilai pasaran global bagi makanan halal dianggarkan AS$547 bilion setahun manakala nilai pasaran makanan halal dan produk bukan makanan bernilai AS$2.1 trilion setiap tahun.

Antara yang hadir termasuklah pengerusi JAMECA dan penasihat Lembaga Mitshubishi Corporation Encik Mikio Sasaki, Ketua Pengarah Persatuan Jepun-Malaysia Encik Takakazu Ogawa, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar 2 Sarawak Datuk Amar Haji Awang

Tengah Ali Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Ghani dan Duta Malaysia ke Jepun Datuk Shaharuddin Md Som.

Rombongan dari Sarawak termasuklah penasihat Jabatan Ketua Menteri Tan Sri Rastam Mohd. Isa, Pensihat Unit Pembangunan Tenaga

Kerja Sarawak Tan Sri Hassan Marican, tiga orang Menteri Muda iaitu Datuk Mohd. Naroden Majais, Datu Len Talif Salleh dan Julaihi Narawi serta Setiausaha Tetap Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Datu Sudarsono Osman.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments